14 October 2009

Satu Ketika Dahulu

Hariz & Anis
(Kat Loughborough Bird's Park.. Time tu Hariz 5 Tahun & Anis 11/2Tahun)

Anak2ku
(Kat Rumah Kami Di Bradford..Time Tu Snow Lepas turun..Lihat lah Snow yg bertepek di kereta Hubby Ku Itu)

HubbyKu & Frens
(Aidil Fitri 2004- Dr Hj Azman, Dr Bob, Dr Lan & adik ni lupa nama)

Anis & Frens
(Time Camping Kat Lake District -Dari Kiri: Dania,Fatihah,Yasmin,Anis dan Najwa)

Hariz.Anis & Irfan Bersama kawan2nya
(Ilkely Moore ,Leeds)

Me & Kak Syima
(At Ilkely Moore Leeds)

Green Park London
(Anis Tgh Kasi Makan Itik Serati)

London Eye
(Pic Taken By Anis)

Me & My Boys
(Near London Eye)

Son & Dotter
(Along Tgh menyakat Adiknya..Time tu Hariz 11 Tahun & Anis 8 Tahun..so Cute)

Disneyland Paris With Kak Tinie

Us
(Disneyland Paris )

Kat UMIST Manchester
(Hubby bersama Anak2 & Anak Ustaz Ramli)

Di Hadapan Rumah kami
52 Round Street,West Bowling.BD5 Bradford UK
.
( Time Ni Rakan2 Hubby Datang Melawat kami Di Bradford)
Ustaz ramli & Family Dari Wales & Razzif Razak,Wife & frens Dari Scotland
Berdiri Dari kiri: Me(Rose),kak Fazeda,Kak Ina(wife Ustaz Ramli),Khairul(anak Ustaz Ramli),Hariz,Ustaz Ramli,Razzif,Yg sbelah razif tu kawan Razzif lupa la nama dia(maaf ye).
Hadapan:Amalina & Adik(anak Ustaz Ramli),Anis

Di hadapan Big Ben

London

Hariz & Anis
(Di hadapan king's College kalau Tak silap)

Ayah & Irfan
( Time tu umur irfan 3 tahun)

Kat Paris -Eiffel Tower
(Frustnya Ngan Gamba Gelap ni)

Salam Semua..Tetiba terimbas kembali nostalgia waktu kami di perantauan dulu..terasa Rindu tiba2 menerjah hatiku..N3 kali ni Saya nak citer sikit Pasal Kenangan2 Kami Masa Kat Overseas dulu..Time My Hubby Buat Masters 1997-1998(Loughborough University) & PhD 2001-2005 (Bradford University) UK.

Pada tahun 1997 kami Ke Loughborough,.East Midland.Time Tu My Hubby buat masters.Tak lama setahun jer .sepanjang setahun kami di Loughborough ada juga kenangan2 pahit dan manis..tapi banyak yg manis la..yg masam takder kot..masam2 kelat jer..sbb time tu ekonomi msia teruk..dapat scholarship pun ciput jer..tapi alhamdulillah berkat doa dan kesabaran kami dapat tempuhi bersama.. tak gitu bang??.bahagia2 (walaupun pernah makan nasi ngan sardine kwik save jer)...fuhh!!! kenangan2..besh ape.jangka masa setahun tu terlalu pendek utk kami di sana..so tak banyak la tempat yg kami pegi time tu..Ada cerita menarik dan masih terdengar2 lagi Suara Tuan rumah yg kami diami dok memanggil kami,time tu First day Puasa..di sebabkan di Loughborough tak ramai komuniti melayu Malaysian dan tak ada pengumuman puasa mcm Tv2 kat Msia tu so kami tak tau bila start berpuasa..nasib baik la si tuan rumah kami yg baik Hati tu bgtau..Setelah kekenyangan Selepas Breakfast tu lah tuan rumah kami datang..siap tanya lagi "Are you fasting today?"..saya ngan hubby terngangga sekejap..tiada reaksi lain kecuali Menganggukkan Kepala..Kenangan yg tak dapat kami lupakan tu.

Pada 2001-2005 kami Ke Bradford pula..Di sana kami Menyewa Di West Bowling BD5..tempat ni jauh sikit dari Universiti dan sewanya lebih murah berbanding di BD7. dengan sewa 250 GBP sebulan, kami tinggal lah dengan aman dan bahagia di situ selama lebih kurang 4 Tahun.Di BD5 anak2 berskolah di Bowling park Primary School(Hariz & Anis)..Time tu Irfan Tak masuk skolah lagi sbb blum cukup Umur..sesi persekolahan bermula Jam 9 Pagi - 3 Petang..Jarak antara rumah ngan skolah tak jauh (blakang rumah jer) tak sempat nak berpeluh pun.
Tetiba pulak rasa Rindu nak makan Kat Mumtaz(Tak slalu pun makan kat Mumtaz tu,mahal maa..( sekali Hadap 30-40 GBP jugak).Mumtaz salah satu Resto Makanan Halal Di Bradford Taukehnya Pakistani..Tak sedap mana pun..Sedap lagi bryani kambing Yg Ku masak( itu kata My hubby la)
Rindu nak Calling2 Mr Mahmood..Resto Ala2 KFC kat Bradford.Kiranya Kami ni Pelanggan tetap Mahmood la..sehinggakan setiap kali kami called untuk pembelian penghantaran ke rumah Deorg siap boleh cam suara siapa yg bercakap( "OOO..52 Round Street .BD5 Right"??.. Aura Suara tu)Rasanya bole tahan la jugak..nak Pi KFC kat sini Confirm2 Tidak Halal..
Huk..Huk..Huk!!! Nak Pi ASDA, Morrisons dan window shopping kat Bradford shopping Ctr..Di Bradford tak susah untuk mendapatkan bekalan makanan halal..Al Halal Salah satu kedai yg mejual produk halal..termasukan daging Lembu,kambing dan Ayam..barang2 Malaysia Juga ada terdapat di situ..so tak jadilah kami omputeh sangat time tu.
Apa yg menjadi rutin kami every weekend di sini ialah pi Carboot sale. kalau boleh every weekend kami nak pegi.Jadi Addicted pulak..sbnarnya bukan membeli sangat pun..sajer suka tgk cara Omputih meniaga..tapi kengkawan yg dah pernah Sampai UK ni..tau la apa yg dicari di Carboot tu dan apa keistimewaan Carboot tu..biasanya Masyarakat Melayu Malaysia Di UK mmg berebut2 nak pergi Carboot ni..Ada juga yang sanggup menunggu seawal 6 pagi..jgn tak tau..tu la penangan carboot...argh..memori terindah tu..
Sepanjang kami Di UK..banyak jugak tempat2 Yg kami jelajah..School Holiday Time summer panjang..time tu jer kesempatan nak bawa Anak pi Holiday..Paris Adalah distinasi Percutian kami..Lagipun My Hubby Sibuk ngan Thesisnya..nak slalu sangat gi holiday karang yg dikejar tak dapat..study ntah kemana..lagipun Niat Dari awal Datang UK untuk belajar..Bukan datang nak Holiday..so itu lah keutamaannya dan tetap kami Utamakan..Alhamdulillah Akhirnya My Hubby Dapat Hasil yang membanggakankan kami sekeluarga..(Tak la pulang dengan barang2 carboot satu kontena dan penat Travel jer..sori yer kalau ada pembaca2 yg terasa dgn stment saya ini..tapi kebanyakannya mcm tu la)
Terkenang Jugak Time Aidilfitri di Perantauan..Time tu kalau dengar lagu Raya sure menangis..sedey ma..nak cium tangan Ayah bonda pagi raya jauh..nasib Baik juga Ada Ramai teman2 bersama meraikan Aidilfitri..so tak la terasa sedih sangat..rasanya lebih 5 kali kami beraya jauh dari family sepanjang kami tinggal Di UK..
Setiap kali Aidi fitri atau apa jua perayaan kami Masyarakat Melayu Bradford akan menyambut besama2 .setiap sambutan perayaan kami adakan di Dewan Di Universiti..tempat itu lah menjadi tempat perjumpaan kami dengan bertujuan merapatkan silaturahim..
Kak fauziah,kak faridah,Kak Shima,Kak Syam,Kak Zahrah,Kak Tinie,Kak Mala,Ibu Dina(teman Indonesian kami) ,Kak Hairul Liza,Kak Lip, Kak Saudah,Zuriati,Ina Mahadi,Rina dan Syafinaz serta adik2 under grad Ikin,Wan,Ati,Suean,Amna,Fieha,Dan ramai lagi..saya merindui saat2 kita bersama dulu..:) rindu saat kita berkelah dan mencucuk sate bersama..Andai boleh ku putar waktu itu kembali..(nak nangis ni).
Sebenarnya banyak kenangan sepanjang kami Berada di bumi inggeris itu..kenangan yang tak mungkin kami lupakan..semua itu menjadi sesuatu yang terpahat di hati kami.
Buat Rakan2 semua..jasa baik anda semua tak pernah kami lupakan dan semoga kehidupan anda semua diberkati Allah dunia dan akhirat.
Ukhwah kita Untuk Selamanya
Insyaallah

Note:-Rasanya tak sabar nak tunggu My Hubby nak buat Post Doctoral nnti.

No comments: