28 November 2008

Hadis Hari Ini



Assalamualaikum Wbt,


Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda;

Tiga sifat, barangsiapa mempunyai sifat-sifat yang berikut akan merasai kemanisan iman:

Pertama – Mereka yang mencintai Allah SWT dan Rasul SAW lebih dari segala sesuatu.
Kedua – Tidak mencintai seseorang kepada seseorang yang lain kecuali kerana Allah SWT. Ketiga – Seseorang yang membenci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci untuk dicampakkan kedalam api.

(Hadis Riwayat Bukhari, ١٦ : ﺭﻗﻡ , ﺍﻹﻳﻤﺎﻥ ﺤﻼﻮﺓ ﺑﺎﺏ ) Dari Zaid ibn Thabit r.a meriwayatkan bahawa Baginda RasulAllah SAW bersabda: Kami telah diperintahkan (oleh Nabi) selepas setiap kali selesai sembahyang lima waktu supaya membaca ``Subhanallah`` 33 kali, ``Alhamdulillah`` 33 kali dan ``Allahu Akbar`` 34 kali. Seorang sahabat daripada Ansar telah bermimpi dan berkata kepada seorang sahabatnya yang lain: Adakah kamu telah diperintahkan oleh RasulAllah untuk membaca Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahu Akbar 34 kali? Beliau menjawab: Ia benar! Sahabat itu menambah lagi katanya: Bacalah setiap kalimah 25 kali dan selepas itu tambahkanlah dengan bacaan kalimah Laa Ila Ha Illallah (sebanyak 25 kali). Maka pada waktu paginya, mereka datang kepada Baginda RasulAllah SAW dan menceritakan mimpi tersebut. Baginda RasulAllah SAW bersabda: Buatlah begitu! (yakni Nabi meberi keizinan membaca sedemikian). (Hadis Riwayat Tirmizi dan katanya Hadis ini Sohih, ٣٤١٣ : ﺮﻗﻡ , ﺍﻟﻣﻧﺎﻡ ﻋﻧﺩ ﻭﺍﻟﺗﺤﻣﻳﺩ ﻭﺍﻟﺗﻜﺑﻳﺮ ﺍﻟﺗﺴﺑﻳﺢ ﻓﻰ ﻤﺎﺟﺎﺀ ﻣﻨﻪ ﺑﺎﺏ )

Rujukan: Kitab Muntakhab Ahadith, Muhammad Yusuff Al-Kandahlawi, Penerbit: Klang Book Centre, Cetakan Pertama 2004.
...........................................................................................................................................................................
”Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (Surah Ibrahim: Ayat 7) “Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman” (Surah al Anfāl : Ayat 1) Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah” (Surah al Hasyr : Ayat 7)

Hidup ini penuh nikmat, zahirkan kesyukuran kita dengan amal sebelum menjelma kematian. Semoga ianya memberi manfaat untuk kita ambil iktibar dalam menjalani kehidupan seharian.

Wassalam

" Challenges Our Paradigms Towards Achievement "

No comments: