23 November 2008

Hadis Hari Ini


Assalamualaikum Wbt,

Dari ‘Irbadh ibn Sariah r.a meriwayatkan,

Bahawa RasulAllah SAW pada satu hari selepas sembahyang subuh, Baginda menasihati kami dengan sebuah nasihat yang sangat menyayat hati, sehingga menyebabkan air mata kami mengalir dan hati-hati kami gementar. Sehingga seorang berkata:

Sesungguhnya nasihat ini seperti ucapan selamat tinggal, kerana itu kepada apa engkau mengajak kami wahai RasulAllah?

RasulAllah SAW menjawab; Aku menasihatkan kamu dengan bertaqwa kepada Allah, mendengar serta taat (kepada mereka yang menjadi ketua) walaupun dia seorang hamba Habsyi, kerana sesungguhnya barangsiapa yang hidup diantara kamu akan melihat banyak perselisihan. Jauhilah diri kamu daripada perkara-perkara yang baru, kerana sesungguhnya setiap perkara yang baru itu sesat. Oleh itu, barangsiapa diantara kamu yang menjumpai masa itu, maka hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah khulafa-ir-rasyidin. (Hadis Riwayat Tirmizi dan katanya hadis ini Hasan Sohih , (ﻣﻟﺗﺎﻦ, ﻛﺗﺐﺧﺎﻧﻪ ﻓﺎﺮﻭﻗﻰ ﻄﺑﻊ٥٢/٢ ﺍﻟﺗﺮﻣﺫﻯ ﺍﻟﺠﺎﻣﻊ , ﺑﺎﻟﺴﻧﺔ ﺍﻷﺧﺫ ﻓﻰ ﻣﺎﺟﺎﺀ ﺑﺎﺏ )

Rujukan: K
itab Muntakhab Ahadith, Muhammad Yusuff Al-Kandahlawi, Penerbit: Klang Book Centre, Cetakan Pertama 2004.

”Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (Surah Ibrahim: Ayat 7) “Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman” (Surah al Anfāl : Ayat 1)
Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah” (Surah al Hasyr : Ayat 7)
Hidup ini penuh nikmat, zahirkan kesyukuran kita dengan amal sebelum menjelma kematian. Semoga ianya memberi manfaat untuk kita ambil iktibar dalam menjalani kehidupan seharian.

Wassalam..

"CHALLENGES OUR PARADIGMS TOWARDS ACHIEVEMENT"

No comments: