Bahan-bahan:
Nasi impit secukupnya - dipotong kiub
sambal/kuah kacang/rendang/serunding
Telur rebus
Bahan2 sayuran:
1/2 biji kobis (ikut suka)- dipotong kecil
5 batang kacang panjang - dipotong kecil
1 biji karot - dipotong kecil
Tauhu goreng - digoreng dan dipotong dadu
Tempe - digoreng dan dipotong dadu
Sengkuang - dipotong kecil
Cili merah - dihiris
Suhun dan fucuk - direndam supaya lembut
Bahan2 (A)
5 biji cili merah-di hiris
5 biji bawang merah-dihiris
5 ulas bawang putih-dihiris
3 batang serai-di ketuk
1 inci lengkuas-dihiris halus
1 sudu kecil serbuk kunyit
Bahan2 lain:
5 cawan santan - dari 1 biji kelapa
250gm udang basah
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
CAra2nya:
Panaskan minyak di dalam periuk
Tumiskan bahan2 A sehingga wangi
Masukkan udang, tempe,tauhu ,suhun dan fucuk ..biarkan seketika sehingga lembut.
Masukan santan biarkan mendidih Selepas itu barulah di masukkan semua sayuran yang lain..biarkan sehingga betul2 masak supaya tidak cepat basi.
Pastikan kuahnya sentiasa di kacau supaya tidak pecah minyak
Angkat dan hidangkan dengan nasi impit, telur rebus, sambal/kuah kacang/rendang/serunding
Note:- Resepi Ibu Ku
No comments:
Post a Comment