..Bahan2nya..
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk koko
1/2 camca teh garam halus(diayak)
2/3 cawan mentega (lebih kurang 170 g)
1 1/3 cawan gula halus
2 biji telur gred A
1 cawan susu segar
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar tepung gandum
1/2 cawan coklat chip
...Cara2nya...
- Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga kembang. tuang susu dan esen vanila, pukul hingga rata.
- Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis,masukan serbuk koko. putar perlahan hingga sebati
- Masukan coklat chip yang telah digaul dengan tepung tadi, gaul dengan menggunakan spatula sehingga rata.
- Isi dalam acuan muffin pilihan sebanyak 3/4 penuh, tabur sedikit coklat cip dan . Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selamat 25 - 30 minit.
- Sejukan dan sedia untuk hidangan
No comments:
Post a Comment