11 October 2010

Sabar Itu Indah


Assalamualaikum..wbt

Renungilah firman Allah Taala Yg bermaksud:
"Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik"
(Al- Ma'arij:5)
Ada ketikanya kamu tertanya-tanya didalam hati kamu "Apakah keindahan yang terdapat didalam sifat sabar?"

Ia adalah keindahan jiwa yang tenang dan redha kepada Allah..Yang meyakini bahawa ia tidak memiliki sedikitpun kekuatan..kerana segala sesuatunya berada ditangan Allah..Dia pemilik segala sesuatu dan selainnya adalah milikNya.
Makhluk tidak mampu menolak segala apa yang telah ditentukan Allah..Dengan itu hati menjadi sabar,tenang tanpa berkeluh kesah dan bersedih apatah lagi bersusah hati.Hati berkata.."Biarlah Allah melakukan apa jua yang Dia kehendaki ke atas diriku. Diriku pasti sabar dan patuh kepada kehendaknya."..Demikianlah kesabaran menjadi iindah bagi menghadapi segala sesuatu yang pedih menghadapi cabaran hidup.

Abdullah Bin Al-Ahwash bersajak:

Bersabar atas kejadian yang menimpa itu indah.
Sabar bermanafaat bagi kaum yang ditimpa kepedihan. sabar sebagai sandaran ketika ditimpa musibah bila kamu ditimpa kesusahan sepanjang waktu.

Maimun binMahran berkata,
"Setiap Manusia sama ada Nabi mahupun yang lain tidak pernah meraih kebahagiaan sebelum mampu bersabar"

Allah Taala Berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas" (Az-Zumar:10)

Manusia yang sabar akan dipenuhi keperluannya.Dia melangkan menuju pintu kebahagiaan.

Al-Muntasir bin Bilal al-Ansari bersajak:
Jika sesorang sukar memenuhi keperluan hidup dan terasa sangat sempit,maka kuncinya adalah sabar.

Abu Ya'la Al-Mushili bersyair:
Hari yang ku lalui merupakan pengalaman kesabaran pada akhirnya pasti menuai pujian. sedikit Orang yang bersungguh meraih sesuatu. Hiasilah kesabaran usahamu pasti kamu berjaya.

Al-Ghallabi bersyair:
Aku melihat kebaikan ada dalam kesabaran kesabaran pasti membuahkan hasil pahala.

05 October 2010

Selamat Hari Raya

Mdm & Hubby Tercinta

Sebahagian dari Student's Hubby


Dr Rozlan family

Mode Raya Masih belum hilang lagi..Puasa sebulan..sebulan jugaklah terasa bahang raya ..terutama dihujung2 minggu .. kerana sambutan hari raya lebih meriah dihujung minggu dengan adanya undangan2 rumah terbuka..diminggu terakhir hari raya pun masih banyak lagi undangan2 rumah terbuka..rasanya tak sempat untuk mdm n family penuhi semua undangan2..nampaknya semakin mengembang la badan2 yg baru nak susut time ramadhan lepas.
Raya Tahun ni sempat juga Mdm buat Open house tapi tahun ni mdm buat sblah malam..disebabkan mdm masak semua juadah sendiri tanpa bantuan mana2 chef terkenal ..maka jamuan dibuat sebelah malam..alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang..antara tetamu yg datang teman setaman, rakan2 sekerja dan juga Students hubby.Terima kasih buat semua yg sudi memeriahkan majlis..mdm minta maaf kalau ada yg kurang.(yg pasti speghetti mendapat sambutan hangat..sampai kehabisan stok)

Wahai Ibu dan Ayah


Assalamualaikum..wbt

Betapa mulianya dua insan yang bernama ibu bapa. Merekalah yang Allah takdirkan menjadi sebab-musabab lahirnya kita ke alam fana ini... Hasil kejayaan yang kita kecapi hari ini juga kerana jerih-perih, jasa dan pengorbanan mereka. Kerana mulia dan agungnya kedudukan ibu dan bapa di dalam agama, maka Allah mewajibkan kita berlaku ihsan kepada mereka berdua.

Firman Allah s.w.t.: “Dan sembahlah Allah, jangan
kamu sekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Dan
dengan kedua orang tua (kamu) hendaklah berbuat
baik.” (An-Nisa: 36)

Kemudian tegas Allah Taala di dalam al-Quran lagi:
“Dan Tuhanmu telah memutuskan (memerintahkan),
bahawa janganlah kamu menyembah melainkan kepada-Nya
(sahaja). Dan dengan kedua orang tua (kamu)
hendaklah berbuat baik.” (Al-Israk: 23).

Para mufassirin (para pentafsir al-Quran)
menjelaskan, bahawa maksud “berbuat baik” kepada ibu
bapa itu antaranya:

1. Kita dituntut berusaha mencari keredhaan dan
menggembirakan hati keduanya. Agama mengajarkan kita
bahawa tanpa keredhaan ibu dan bapa, maka Allah juga
akan menafikan keredhaan-Nya. Murka dan marah
keduanya, maka berlakulah murka Allah terhadap diri
seseorang anak itu.

2. Kita juga sentiasa diingatkan agar tidak
sekali-kali lupa untuk berbakti dan mencurahkan
kasih sayang sepenuhnya terhadap kedua ibu bapa sama
ada semasa mereka masih hidup ataupun selepas mati.
Limpahan jasa baik mereka amat wajar dan wajib
dibalas baik. Bukannya dibalas tuba!
3. Kita diwajibkan untuk mentaati perintah keduanya
(selagi tidak menderhakai Allah), menunaikan hak
mereka dengan hati yang ikhlas dan tidak menyakiti
hati keduanya.

Firman Allah: “Tidaklah balasan perbuatan baik itu
melainkan kebaikan pula (balasannya).” (Ar-Rahman:
60)

BILA IBU BAPA TUA

Anak-anak perlu tahu, bahawa penekanan dan kewajipan
yang tersebut di atas tadi lebih dituntut dan
menjadi berganda apabila ibu bapa mencapai usia tua
atau sudah uzur.

Maksudnya kasih sayang perlu digandakan. Perhatian
perlu dilebihkan. Penghormatan patut ditingkat.
Bukannya semakin menurun dan merosot. Amat tercela
dan biadab sekali apabila sejumlah anak-anak yang
tampak berjaya, punya nama, pangkat dan harta,
tetapi akhirnya membuat keputusan menghantar dan
menempatkan ibu dan bapa di rumah orang-orang tua.
Begitukah yang disuruh agama? Beginikah perintah
Allah swt kepada kita? Tidak sekali-kali! Renunglah
segala pengorbanan ibu bapa dan wasiat Allah swt
terhadap kita.

Hayati firman Allah Taala yang bermaksud: “Ibunya
mengandungkannya dalam keadaan susah payah dan
melahirkannya juga dalam keadaan susah payah.”
(Al-Ahqaf:15)

Firman Allah swt lagi: “Ibunya mengandungkannya
dengan menderita kelemahan di atas kelemahan.”
(Luqman: 14).

Kenapa susah payah ibu bapa kita balas dengan sikap
yang keji? Kenapa anak-anak yang sudah besar dan
dewasa tidak dapat berbakti dan mengasihi ibu bapa
mereka yang sudah tua? Belajarlah untuk tidak
menjadi kurang ajar kepada ibu dan ayah. Belajarlah
juga untuk berakhlak kepada mereka.

Allah swt menyebutnya: “Bilamana seorang daripada
mereka atau kedua-duanya telah mencapai usia tua di
sisi kamu, maka janganlah kamu katakan kepada mereka
perkataan “Uf” (Ah!) dan janganlah kamu mengherdik
mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang
mulia. Dan rendahkan sayap kamu bagi mereka
(merendah dirilah) sebagai tanda kasih sayang.”
(Al-Israk: 23)

Menurut hukum qiyas/kias (hukum Islam berdasarkan
perbandingan), mengatakan “Ah” sahaja pun sudah
dilarang Allah dan sangat berdosa besar, apalagi
kalau si anak melakukan perbuatan yang lebih buruk
daripada itu.

Tapi, hari ini saban waktu kita disajikan dengan
laporan berita tentang anak-anak yang sampai tahap
membunuh ibu bapa mereka.

Rasulullah s.a.w. ketika menggambarkan tanda-tanda
kiamat ada menyatakan bahawa akan sampai suatu masa
apabila “Ibu-ibu akan melahirkan tuan-tuan”. Telahan
baginda itu kini menjadi nyata. Sudah berapa banyak
ibu yang melahirkan anak-anak derhaka. Sudah berapa
banyak anak yang disusukan ibu mereka kini
mengarahkan ibu bapanya supaya melakukan begitu dan
begini.

Satu perkara yang perlu disemat dalam ingatan
seorang anak, hati ibu bapa di kala usia senja
mereka amat mudah tersinggung dan terasa. Jangan
dibiarkan tersinggung hati mereka dek perkataan
ataupun kerenah kita. Jika tidak, besarlah dosa kita
di sisi Allah s.w.t.

Percayalah betapa sunyinya hidup ibu dan ayah bila
anak-anak sudah berumah tangga. Betapa pilunya hati
mereka kalau di hujung usia mereka diletakkan di
rumah orang-orang tua. Betapa kejamnya jikalau ibu
bapa dijadikan orang gaji, tukang masak, pengasuh
atau tukang kebun.

Kata Sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama ‘Urwah,
“Tunduklah kamu di hadapan ibu dan bapa kamu
sebagaimana tunduknya seorang hamba abdi di depan
tuannya”. Berkata pula ‘Atha bin Rabah, “Janganlah
kamu mengangkat tangan apabila kamu sedang bercakap
dengan kedua ibu bapa kamu”. Sementara Imam al-Hasan
pula menyebut, “Hendaklah si anak itu bercakap
kepada kedua orang tuanya, “Wahai ibu, wahai ayah!,
dan jangan sekali-kali memanggil dengan menyebut
nama mereka”.

Akhir sekali, pulanglah menziarahi ibu bapa di
kampung. Renung dan tataplah wajah mereka berdua
walau kedut sudah seribu. Suaplah nasi ke mulut
mereka. Cempunglah mereka untuk menunaikan hajat
sekira mereka terlalu uzur. Imamkan solat mereka.
Urut dan picitkanlah badan mereka. Hamparkan
permaidani untuk mereka. Kembalikanlah
kenangan-kenangan indah di ruang mata mereka saat
kita di dalam pelukan dan jagaan mereka.

Rindu mereka pada anak-anak bukan lagi pada harta
kekayaan dan pangkat kita, sebaliknya rindu pada
belaian kasih, doa tulus dan bakti murni kita.

Firman Allah swt: “Bersyukurlah kepada-Ku dan kedua
ibu bapamu dan hanya kepada-Kulah tempatmu kembali”.
(Luqman: 14).


Firman Allah swt: “Dan berdoalah, ‘Wahai Tuhanku
kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani
diriku sewaktu kecil dahulu.” (Al-Israk: 24)