11 November 2009

Wanita-wanita Jangan Cemburu Dengan Bidadari Syurga


SEKADAR MENYAMPAIKAN. ....

"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada
bidadari?"

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana
tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap,
oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..


Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa
yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak
tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan
bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah
istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila
mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa
suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap
kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang
lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah
tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu
ada menyebut,
"Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang
membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita
menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang
cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan
wanita yang masih lemah imannya.."

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang
bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak
faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan
bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?


Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami
puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau
sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat
menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara,
dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu
dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak
ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.


Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita
ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari.
Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan
mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat
bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika
bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau,
dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja.
Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si
suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan ? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus
kalau tiada saingan?

Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh
di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia
cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada
siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang
jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua
Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di
mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda,
tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah
Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak
halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah
berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya.
Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu
mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat
yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia
usia mereka".

Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi
berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka
ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita
dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki.
(ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam
tu).

Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang
sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for guys
only. ;-j

---

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari
melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja
bukan? Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni
syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan
bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh,
sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada
seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami,
maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang
wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith
yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak
memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau
dahaga..". (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa
minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan
mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua!
Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.


"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!"
Mungkin ada wanita yang berfikir begini.


Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi shopping ke?" ; )


"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,
Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar
inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di
syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya
yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat
Al-Jamiil.

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan
perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka
warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan,
niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah
dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada
ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa
lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang
diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda
tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu
nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat
dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta
aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...' latest
design' kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa
jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!
Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik
pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta- juta
kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah
saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh
didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department
Pakaian Wanita.

"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya
camni..


Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah,
sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi,
dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang
terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi
mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu
senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat
yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada
yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada
sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak
antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit
dan bumi."

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja
sewaktu isra' dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia
yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai
kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke
syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada
menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang
Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat
mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun
kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah
bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua,
barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang
kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat
perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita
lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan
perkakas dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah
bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih
mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli
syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu,
pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda
akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada
kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat
daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal
dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping
la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh
bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira
dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka
berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan
dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah
(istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli
syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun
belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik
kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat,
mengatasi kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk
melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap
minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan,
kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di
syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping
dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan
sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-)

.dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di

sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya. ..atau mungkin dia cuma
nak 'berehat di rumah' saja.. ;-j

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan
tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak
ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat
takabbur. Qaalu salaaman-salaama~

Lelaki dan wanita saudaraku sekelian..MARILAH MENUJU KEJAYAAN!

No comments: