28 September 2008

Salam Aidil Fitri


...ada tikanya mata silap memandang...
...telinga salah mendengar....
...lidah terlanjur berkata-kata....
...fikiran khilaf menafsir...
...hati silap menduga...

MOHON AMPUN DAN MAAF JUA DIPINTA

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

27 September 2008

Terakhir Ramadhan Momentum Untuk Perubahan



Al-Qadar hanya disediakan bagi mereka memiliki ciri keimanan unggul dan terpuji

MENDEKATI hari raya puasa, masa yang tersisa semakin sempit, baki peluang menghabiskan tadarus sentiasa dikejar. Pada malam hari ibadat bertambah nikmat, pada siang hari pula bertungkus-lumus mencari rezeki mengejar sasaran kerana mahu lebih banyak bersedekah dan menunaikan zakat.

Sepertiga malam dihidupkan dengan penuh pengharapan kepada Allah . Langkah semakin pasti menuju ke malam kemuncak penentuan bonus paling hebat tiada tandingannya untuk sepanjang tahun ini. Urusan dunia tidak menyurutkan langkah ke masjid, bahkan orang yang berpuasa mampu mengorbankan masa, wang dan kerehatan untuk beriktikaf sebagaimana saranan Rasulullah SAW.

Agaknya bilakah waktu yang paling sibuk sepanjang tahun ini? Sepuluh hari terakhir Ramadan adalah jawapan paling tepat sesuai dengan perkhabaran daripada Ummul Mukminin Aisyah: “Adalah Rasulullah SAW sentiasa bersungguh-sungguh dalam beribadah pada Ramadan, tidak seperti bulan lain. Dan pada 10 malam terakhir Ramadan Baginda semakin bersungguh-sungguh dalam beribadah tidak seperti pada malam lain.” (Hadis riwayat Muslim)

Namun demikian, sebagai manusia lemah ada ketika datanglah lalai dan lupa, kesibukan itu beralih arah. Mulanya sibuk mengurus hal akhirat tetapi akhirnya tenggelam dalam urusan dunia yang meliputi hiburan tidak berfaedah, perhiasan melampau, memuaskan nafsu membeli-belah hingga timbul pembaziran, semata-mata atas slogan mahu menyambut raya.

Pada kebiasaannya, suasana akhir Ramadan terlalu mencabar keimanan kita. Jika dulu Rasulullah SAW dan sahabat mengencangkan kain mereka dan membangunkan ahli keluarga untuk beribadah pada 10 malam terakhir.

Kini manusia masih juga berjaga malam tetapi mereka berhimpun dalam bersesak-sesak membanjiri pasar, melepak sepanjang hari hingga ke akhir malam, sibuk yang tidak habis atas nama menunggu hari raya yang tetap pasti menjelma.

Janganlah kita hanya mengejar keutamaan ibadat pada awal Ramadan manakala akhir Ramadan ditutup dengan kelalaian. Puasa sebegini amat jelas dan terang tidak mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata:

“Nabi SAW biasanya beriktikaf selama 10 hari pada setiap Ramadan, kemudian pada tahun Baginda wafat, Rasulullah SAW beriktikaf 20 hari.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Mungkin hikmah disediakannya malam al-Qadar yang jatuh pada akhir Ramadan menjelaskan kepada kita pentingnya memiliki sifat istiqamah dalam beriman dan beramal. Allah menjanjikan syurga kepada orang yang istiqamah dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang mengatakan: Tuhan kami ialah Allah , kemudian mereka tetap istiqamah. Maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang mereka kerjakan.” (Surah al-Ahqaf, ayat 13-14)

Sesungguhnya malam al-Qadar hanya disediakan bagi mereka yang memiliki ciri keimanan unggul dan terpuji antaranya :

  • Tidak terpengaruh oleh persekitaran tidak sihat.

Bagaimanakah persekitaran yang tidak sihat bagi orang mukmin saat berpuasa? Iaitu di mana kelalaian diutamakan, hiburan didahulukan daripada zikrullah, kepuasan nafsu mengalahkan kenikmatan ibadah dan maksiat menjejaskan kesucian puasanya.

Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Abdulllah bin ‘Amru bin al-Ash supaya tidak terikut-ikut perangai kawan yang lalai yang bermaksud:

“Wahai Abdullah, janganlah kamu seperti si polan yang biasa bangun pada waktu malam untuk solat, lalu kemudian dia meninggalkan solat malamnya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Bijak mengatur strategi dalam beribadat ketika sibuk.

Menjelang raya tidaklah dilarang untuk melakukan persediaan patut, yang menjadi masalah ialah apabila seluruh tenaga dikerahkan untuk pesta kemenangan itu hingga menyalahi sunnah Rasulullah SAW. Jika tubuh badan letih, sudah tentu ia akan menjejaskan fokus ibadah kita. Namun hal itu bukanlah alasan untuk meninggalkan ibadat yang dianjurkan Baginda SAW.

Dalam kesibukan yang memuncak seperti ini, seelok-eloknya iman dan amal tetap terjaga dengan baik, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Amal yang paling dicintai Allah adalah amal yang berterusan walaupun sedikit.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Sentiasa dalam keadaan berperang melawan nafsu.

Betapa beratnya berhadapan dengan dua keinginan, hati berbisik “Mendekatlah kepada Allah ”. Nafsu pula merayu: “Tidurlah, malam masih panjang, bukankah Allah Maha Pengasih dan Pengampun?” Kita hanya memilih di antara dua, tiada alternatif yang ketiga. Kuatkan iman atau ikutkan nafsu. Pilihan sebegini adalah mudah bagi sesiapa yang istiqamah dan amat sulit untuk orang yang lalai.

Genderang perang sudah ditabuh, mengingatkan orang mukmin siapakah musuh mereka. Antara tanda sempurnanya iman seseorang ialah dia merasai kehadiran musuhnya daripada segala penjuru dan berjaga-jaga supaya musuh tidak menembus benteng hatinya lalu merosak imannya.

Rasulullah SAW menceritakan tipu daya syaitan laknatullah yang bermaksud:

“Syaitan mengikat tengkuk kepala seseorang ketika tidur dengan tiga ikatan. Pada masing-masing ikatan itu syaitan berkata: “Tidurlah malam masih panjang. Apabila orang itu bangun kemudian mengingati Allah maka lepaslah satu ikatan. Apabila ia berwuduk maka lepaslah satu ikatan lagi, apabila ia solat maka lepaslah semua ikatan. Sehingga pada waktu pagi dia bertenaga dan baik jiwanya, adapun jika dia tidak melakukan itu maka hatinya keruh dan dia menjadi malas.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Syarat kejayaan dan kecemerlangan seseorang itu bergantung kepada awal terbukanya mata. Apakah ia berzikir kepada Allah kemudian wuduk dan solat sehingga membuat syaitan putus asa terhadap dirinya, atau mungkin dia tenggelam dalam kenikmatan sesaat yang membawa kesan hingga ke seluruh masanya pada hari itu.

Jiwa jadi kotor maknanya mudah dipengaruhi bisikan syaitan untuk melakukan kelalaian seterusnya, hilang semangat dan menjadi malas, putus asa mungkin juga lalai sepanjang masa. Betapa berbahaya melepaskan saat penuh rahmat pada akhir malam menjelang datangnya fajar. Apatah lagi apabila terlepas peluang mendapat keutamaan beribadat pada malam 1,000 bulan.

  • Merasai pertolongan Allah ketika mengharap turunnya rahmat.

Layakkah kita mendapat kemuliaan malam al-Qadar dengan kelemahan diri melawan nafsu dan sedikitnya amal? Sudikah kiranya Allah menerima seorang hamba yang diliputi kotoran maksiat?

Rasulullah SAW mengajarkan satu doa yang elok dibaca selepas sembahyang yang bermaksud: “Ya Allah bantulah hamba untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan memperbaiki ibadatku.”

Sesungguhnya Dialah yang menolong hamba-Nya, memberi hidayah dan menunjukkan jalan. Entah berapa kali Allah memalingkan kita daripada kesesatan dan kelalaian. Tidak bolehkah pada akhir Ramadan ini menjadi momentum yang paling baik untuk perubahan?

25 September 2008

Jadilah Manusia Paling Bahagia

Zaman kanak2 Sentiasa Bahagia

KEBAHAGIAAN PADA PERSPEKTIF AL-QURAN

Bahagia merujuk kepada perkara maknawi yang tidak dapat dilihat dengan mata, tidak boleh dinilai dengan wang, tidak dapat disukat dengan sebarang kaedah.
Bahagia merupakan kepada perasaan yang terletak dalam hati, kebersihan jiwa, ketenangan, kelapangan dan kedamaian.Ia lahir dari dalam diri manusia, bukannya boleh diada-adakan.Ramai manusia tersilap beranggapan bahawa bahagia itu terletak pada wang ringgit, rumah, pangkat dan keluarga.

Dalam ayat ke 97 surah al-Nahl pula Allah swt berfirman :
Maksudnya : “Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan”.
KeBAHAGIaan Yang Sebenarnya, BERMULA DARI DIRI ANDA
Pastikan checklist di bawah untuk membolehkan anda menikmati erti kebahagiaan.
1. Banyakkan berfikir tentang nikmat Allah
2. Banyakkan syukur, Kata al-Imam al-Ghazali dalam Ihya` Ulumiddin , manusia tak bersyukur kerana 2 perkara iaitu jahil & ghaflat.
3. Banyakkan berdoa. Antara doa yang masyhur , Allahumma inni as`luka qalban mutma`innatan, tatmainnu biliqaika.Allahumma aqsim lana min khasyatika ma tahulu bihi bainana wa baina maksiaytik..( rujuk dlm buku 101 doa hadith2 sahih krg Zahazan Mohamed terbitan TelagaBiru Sdn Bhd)
4. Change the way of thinking.
5. Banyakkan senyum.
6. Memprogramkan minda sebelum tidur setiap hari .Orang yang cemerlang sentiasa meletakkan target untuk dicapai dalam sesuatu tempoh masa.Mereka akan mempastikan cara hidup yang berkualiti, penggunaan masa secara sistematik
7. Keep a journal.Write an on going list of the good things that happen to you everyday.
8. Remember to love your partner for who he or she is.
9. Hargai diri anda.
10. Jaga hubungan dengan Allah.
11. Mencari pedoman dari orang2 yang saleh yang dah berjaya memiliki rumahtangga yg tenang bahagia, anak2 yang saleh berjaya dlm akademiknya, dan indah molek akhlaknya.
12. Tell your partner, family , friends that you love them.Tell them when they do things well.A little praise never hurts and before you know that it you might be told that you’ve done things well too.You never know..
13. Tukar Rutin harian, bangun awal, cthnya utk beli barang2 keperluan rumah pada hari cuti, so bila kita pergi shopping, dlm perjalanan balik, kita lihat orang baru dtg, mereka tidur pagi tadi, jadi kita akan rasa hari yang lebih panjang.
14. Pergi bercuti, utk tenangkan fikiran.
15. Latih utk mengatakan tidak pada perkara yang anda tidak bersedia.
16. Libatkan diri dalam program2 amal yang dapat Bantu memberi keringanan pd org lain.
17. Buat aktiviti yang agak berlainan selagi dibenarkan syara’.
18. Jalin Silaturrahim, ia merupakan salah satu faktor berkat umur.
19. Jemput kawan-kawan datang ke rumah, adakan usrah dsb.
20. Phone, email and write to some old friends.
21. Enhance you mood with greenery.Cut some fresh flowers from the garden- or get up early, head to the markets and fill your homes with loads of cheap flowers, fruit and vegetables.
22. Lakukan aktiviti2 regangan, bersenam dan sedut udara2 bersih.Kata Dr Fadilah Kamsah dgn angka 7.
23. Pergi ke pantai, hutan frim spy hati tenang.
24. Lakukan jogging dan exercise, org perempuan sekalipun spt sukan di Iran, disertai oleh org2 yg tutup aurat.
25. Tukar kedudukan meja, kerusi dlm rumah, change is as good as a holiday.
26. Don’t try to keep up with others.So your neighbours have a larger home,, the latest stereo system, a new car- who cares ? Look again.He works on weekends, and they never seem to see friends.Who’s better off, really?
27. Jangan layan perkara-perkara kecil yang tak menguntungkan kita.Orang yang agresif di jalan raya.
28. Bersihkan rumah kita, recycle barang yg tak diperlukan kepada charity foundation dll.
29. Jangan menangguhkan kerja, keran ia akan menyebabkan longgokan tanggungjawab, lagi susah utk memikulnya.
30. Bantu meringankan kerja org lain.
31. Makan makanan yg tidak menjadikan kita stress, spt daging merah banyakkan makan buah-buahan, cereal, sayur-sayuran dan daging putih.Jauh makanan yg mengandungi MSG.(Check di laman Web JAKIM,PPIM or CAP utk mengetahui detail)
32. Selalu datang ke majlis ilmu.Kerana dlm hadith sahih,riwayat Ahmad dan al-Nasa`eiy “ tidaklah berhimpun sesuatu golongan dlm majlis ilmu melainkan Allah akan…
33. Selaraskan matlamat.Suami bertanggungjawab mengajak isteri, anak-anak dan setiap individu dalam keluarga agar berfikir dan berdaya maju untuk pencapaian objektif hidup.Perkara ini mestilah selalu diingatkan supaya tidak ada yang keciciran dari landasan yang telah diletakkan bersama secara teamwork itu.
34. Banyakkan kerja secara berkumpulan supaya kita dapat menjayakannya secara lebih effisien.
35. Menerima diri seadanya tanpa syarat.
36. Tekaan positif jika tidak pasti.
37. Jangan cakap sahaja, tapi buat.Tony Fernandez ketika nak set up syarikat penerbangannya pernah diketawakan hatta oleh isterinya.Tapi dia konsisten cuba mempertaruhkan dirinya, akhirnya terbukti apa yang diazamkan itu membuahkan hasil. Kita orang Islam patut memiliki daya juang yang lebih tingi.
38. Tidak semestinya kita menang sepanjang masa.Ada keadaan kita kena mengalah dan alangkah baiknya jika kita win-win situation.Ini adalah petua DMFK.

BAHAGIA BERADA PADA HATI

Firman Allah dalam surah al-Ra’d ayat ke 28 :
Maksudnya : “"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.

Bahagiakah kita.....?

17 September 2008

Nuzul Al - Quran

FIRMAN Allah, maksudnya: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah)…” (al-Baqarah: 185)

Penurunan al-Quran atau masyhur disebut nuzul al-Quran pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad s.a.w peristiwa yang sangat besar dan tidak dilupakan generasi umat Islam.

Nuzul bererti penurunan atau perpindahan dari atas ke bawah (turun) manakala al-Quran bererti bacaan atau himpunan.

Ulama meletakkan takrif al-Quran sebagai kalam Allah yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w dengan perantaraan Jibril a.s serta menjadi ibadat dengan membacanya.

Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara membabitkan persoalan tauhid (ketuhanan), ibadat, jenayah, muamalat dan kemasyarakatan, sains teknologi dan banyak lagi.

Al-Quran suatu mukjizat terbesar kepada Nabi Muhammad s.a.w yang abadi hingga hingga hari kiamat dan ia kitab yang sangat sempurna diturunkan sebagai manual kehidupan manusia di dunia, dengan tiada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal darinya.

“Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam Kitab al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka.” (al-An’am: 38)

Istilah penurunan ini dipanggil sebagai nuzul al-Quran yang membawa maksud amat mendalam, kerana al-Quran diturunkan dari tempat yang tinggi dan mulia iaitu Luh Mahfuz, kemudian diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara berperingkat mengikut keadaan dan keperluan semasa.

Perantara bagi penurunan al-Quran kepada Nabi s.a.w ialah Jibril. Jangka masa penurunan itu selama 23 tahun, iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.

“Dan sesungguhnya al-Quran (yang di antara isinya kisah tersebut) diturunkan Allah Tuhan sekalian alam.

“Ia dibawa turun malaikat Jibril yang amanah. Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang daripada pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.” (asy-Syuarak:192-195)

Ayat al-Quran yang mula diturunkan Allah kepada baginda melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah al-‘Alaq.

Nabi s.a.w sentiasa dikunjungi Jibril pada Ramadan, seperti dijelaskan dalam hadis di bawah:

“Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, Rasulullah s.a.w seorang yang sangat pemurah kepada orang lain, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ketika baginda didatangi Jibril a.s. Jibril datang berjumpa baginda pada setiap malam lalu mengajar al-Quran kepada baginda. Sesungguhnya baginda bersifat pemurah dengan segera melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Al-Quran sebenar-benar wahyu yang diturunkan Allah dan ia bukan suatu rekaan Nabi Muhammad s.a.w seperti didakwa musuh yang sentiasa mencemburui Islam dan umatnya dari dulu hingga kini.

Dakwaan itu nyata tidak benar sama sekali kerana gaya dan seni keindahan al-Quran tidak mampu direka atau ditandingi daya intelektual manusia.

Allah ada mencabar manusia, malah jin menandingi kehebatan al-Quran, sekiranya mereka mampu berbuat demikian, tetapi mereka tidak mampu.

“Katakanlah: Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka saling bantu-membantu.” (al-Isra:88)

Al-Quran bukan hanya sebuah kitab, tetapi menjadi petunjuk (hidayah) kepada manusia, memberikan rahmat, syifa (penyembuh kepada penyakit), nur (cahaya yang menerangi), furqan (pembeza di antara hak dan batil), az-zikr (memberi peringatan) dan memberi penjelasan bagi manusia.

Ia wajar dibaca dan ditatap lebih kerap, malah diperhalusi dan dikaji bagi mendapatkan sari pati kandungannya untuk manfaat seisi alam.

Pada Ramadan, umat Islam sangat digalakkan membaca al-Quran kerana ganjaran pahala yang berganda. Nabi s.a.w sendiri gemar membaca al-Quran pada Ramadan.

Daripada Aisyah r.a katanya: “Rasulullah (saw) memperbanyakkan amalan apabila sampai hari ke-10 terakhir daripada bulan Ramadan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kitab suci ini amat penting bagi memandu kehidupan manusia. Walaupun manusia dilengkapi akal dan pancaindera yang lima, tetapi manusia tidak dapat memikirkan kebenaran tauhid, perkara ghaib dan hakikat di luar daerah kemampuannya.

Imam al-Ghazali menegaskan, sesungguhnya akal itu tidak dapat memberi hukum ke atas sesuatu perkara melainkan perkara itu mempunyai dua sifat, masa dan tempat. Akal akan bertanya ‘bila’ dan ‘di mana’. Selagi dua soalan itu tidak terjawab, akal tidak mengakui kewujudannya.

Oleh itu, akal semata-mata dengan capaian yang cukup terbatas tidak dapat menerima kewujudan Allah, tidak mempercayai sifat Allah serta tidak mengakui qada dan qadar kerana akal itu terhad sifatnya dan kewujudan Allah itu tidak bersifat tempat dan masa.

Justeru, ada manusia mengambil jalan falsafah mencari tuhan, sehingga mencipta teori sendiri dalam soal ketuhanan, namun pegangan ini tidak sama antara satu sama lain.

Di sini sudah nampak manusia memerlukan satu petunjuk yang boleh menunjukkan jalan kepada manusia mengenai hakikat ketuhanan sebenarnya.

Petunjuk itu ialah agama Islam sebagai agama benar lagi lurus. Agama Kristian dan Yahudi tidak boleh menjadi petunjuk kepada manusia kerana kedua-duanya diselewengkan penganutnya.

Dalam persoalan ketuhanan, Islam yang unggul dan ajaran Islam datangnya dari al-Quran. Al-Quran yang memberi petunjuk kepada manusia untuk menunjuk jalan kebenaran.

“Kitab al-Quran ini, tiada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.” (Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 2, surah al-Baqarah.

08 September 2008

Muhasabah

Dalam mengarungi perjalanan hidup, kita semua tak bisa terlepas dari masalah atau kesulitan. Semua orang pasti pernah mempunyai masalah. Mulai dari anak-anak hingga orang tua. Mulai dari rakyat kecil hingga pejabat. Berbagai macam masalah terjadi mulai dari yang kecil hingga paling komplek. Ada yang sedang bermasalah dengan teman, ada yang tertimpa bencana, ada yang kehilangan rumah, ada yang kehilangan harta benda, ada yang kesulitan mencari kerja, ada yang sulit mencari jodoh, dan masih banyak lagi.

Tetapi tahukah kita semua, Allah SWT telah merancang untuk kita semua….bahawasanya……Hidup Itu Mudah…..

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai kemampuannya “.

( QS. Al Baqarah 286 )

“ Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan “.

إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا


( QS. Al Insyirah 6 )

Inti dari kedua ayat Al Qur’an tersebut adalah Allah SWT selalu memudahkan urusan hamba-hambaNya. Tetapi kenyatannya ketika kita sedang menghadapi masalah atau sesuatu yang tidak kita harapkan, sering sekali kita merasa tertekan, stress, gundah, dan kecewa dengan kenyataan yang terjadi. Mengapa hal itu bisa terjadi? Padahal Allah telah merancang bahwasanya...Hidup Itu Mudah…..so what’s wrong? Adakah yang salah?

Seandainya hal itu masih terjadi pada kita, mungkin ada sesuatu yang harus diluruskan dalam hidup kita. Terutama tentang konsep hidup dalam diri kita. Hanya sekadar mengingatkan sebenarnya ada beberapa konsep hidup yang cukup sederhana dalam Al Qur’an yang cuba saya rangkum. Beberapa konsep hidup tersebut adalah :

1. Konsep Tujuan

Tahukah kita semua apakah tujuan hidup kita? Jika kita berbicara tujuan, semua orang pasti mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Tetapi jika kita berbicara tentang tujuan hidup, sejujurnya akan ada sesuatu tujuan yang sama untuk semua orang. Tujuan selalu identik dengan hasil akhir yang dicapai. Sedangkan hidup di dunia, hasil akhirnya adalah berakhir pada kematian. Ya …semua orang pasti akan mati. Dengan berfikir jauh ke depan, kita bisa memantapkan hati bahwasanya tujuan utama hidup kita adalah setelah kematian. Setelah mati, kita akan kembali kepada pencipta kita yaitu Allah SWT. Maka tujuan utama hidup kita adalah Allah SWT. Belajar tekun bukan hanya untuk mencari nilai, tetapi juga untuk mencari Redha Allah SWT, bekerja tekun bukan untuk mencari harta dan kedudukan tetapi untuk mencari Redha Allah SWT, mencari jodoh bukan hanya untuk mendapatkan pasangan hidup tetapi juga untuk mencari Redha Allah SWT. Semua yang kita kerjakan di dunia ini….hanya untuk Allah SWT….bukan yang lain…..Jika semua tujuan kita hanya Allah SWT, maka tidak akan timbul kekecewaan dalam diri kita ketika menghadapi kegagalan.

2. Konsep Keyakinan

Kita semua harus yakin bahwa rezeki itu sudah dijamin oleh Allah SWT. Rezeki kita tidak akan pernah tertukar dengan rezeki orang lain. Lantas bagaimana jika kita sudah berusaha dengan keras tetapi hasilnya tidak sesuai dengan keinginan kita?...Jangan khuatir, rezeki kita sudah tercatat dengan jelas di Luh Mahfudz. Mungkin Allah punya perhitungan lain, mungkin rezeki kita ada pada kesempatan berikutnya, atau mungkin rezeki kita ada dalam bentuk yang lain yang terkadang tidak kita sangka-sangka. Yang jelas…Allah telah janjikan……Rezeki kita sudah Pasti.

3. Konsep Tawakal

Kita harus sedar bahawa hidup ini bukan milik kita.tetapi hidup ini adalah milik Allah SWT. Ramai diantara kita selalu mengharapkan hasil yang setimpal dari usaha keras kita. Hal itu mungkin betul kerana sesuai dengan hukum sebab-akibat. Tetapi tidak selamanya hal itu bisa terjadi.Impian seseorang hanya bisa tercapai jika dikehendaki oleh Allah SWT. Jika kita belajar keras seolah-olah kita harus dapat nilai yang baik. Jika kita adalah seorang pengusaha yang tekun seolah-olah kita harus berjaya. Ingat!!...Hidup ini bukan milik kita tapi milik Allah SWT. Tugas kita sebagai makhluk hanya berikhtiar / berusaha sekeras mungkin, memberikan usaha yang terbaik dalam hidup kita, banyak berdo’a, serta tekun dan pantang menyerah dalam menghadapi tentangan di depan kita. Untuk hasil akhir, kita serahkan sepenuhnya kepada Allah SWT. Hasil akhir dari usaha kita mutlak menjadi wilayah kekuasaan Allah SWT. Sedangkan kekuasaan kita sebagai makhluk hanya sebatas usaha kita. Masalah gagal atau berjaya tetap Allah yang menentukan. Tetapi percayalah Allah selalu memberikan yang terbaik bagi hamba-hambaNya. Mungkin ini adalah kunci dari masalah kita kerana selama ini kita selalu terbeban dengan sasaran yang sebenarnya ada di luar kendali kita.

Selain ketiga konsep hidup tersebut kita juga harus dapat menumbuhkan sikap sabar dan ikhlas dalam hidup kita. Dan perlu diingat, semuanya perlukan waktu. Masih ada waktu untuk kita dalam memperbaiki diri. Percayalah…Allah selalu bersama kita…. Allah sudah merancang bahawasanya hidup itu mudah…..jadi jangan sekali-kali membuat hidup ini menjadi tambah rumit dan susah.

07 September 2008

Ramadhan Tetamu Mulia

JIKA seorang teman yang anda kasihi dan menghubungi anda menyatakan hasratnya ingin berkunjung ke rumah anda serta singgah untuk beberapa hari, apakah yang akan anda lakukan sempena kedatangannya dan apakah perasaan anda?

Tentunya anda gembira, menyediakan persediaan bagi menerima kunjungannya dengan mengemas rumah dan mengadakan keperluan yang sepatutnya bagi tetamu tersebut.

Bukankah begitu yang selayaknya anda dan teman-teman lakukan?

Jika demikian, bagaimana pula jika yang akan datang menjenguk anda bukan sahaja dikasihi oleh diri sendiri, bahkan ia dikasihi oleh Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan sekelian orang yang beriman?

Tetamu yang akan berkunjung ini membawa bersamanya sepanjang siang dan malamnya kebaikan dan keberkatan daripada Allah . Ia adalah bulan Ramadan yang mulia, bulan berpuasa dan bertilawah al-Quran, bulan tahajud dan qiamullail, bulan kesabaran dan ketakwaan, bulan keampunan dan kebebasan daripada api neraka.

Padanya terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan pemasungan syaitan, penutupan pintu-pintu neraka dan pembukaan pintu-pintu syurga. Bulan gandaan pahala dan berkat untuk segala ketaatan dan kebaikan yang dilakukan.

Itulah sifatnya tetamu mulia ini, kerana itu amat wajarlah bagi kita - orang yang mengetahui kehebatannya, menyambutnya dengan cara terbaik, bersedia untuknya dengan menyiapkan dan membiasakan diri kita beramal padanya, moga-moga kita mendapat faedah daripada kunjungannya dan apabila ia pulang, jiwa raga kita telah bersih dan suci dengan limpahan rahmat Allah .

Oleh kerana itulah para ulama terdahulu menghargai tetamu ini dan diceritakan bahawa mereka memohon Allah melanjutkan usia mereka supaya dapat bersama bulan Ramadan sepanjang enam bulan sebelumnya, apabila ia berakhir mereka menangis sayu di atas pemergiannya dan berdoa agar Allah menerima amalan mereka bagi bulan Ramadan sepanjang beberapa bulan selepas itu.

Malangnya, sebahagian umat Islam menyambutnya dengan pelbagai kegiatan yang menyalahi hukum Allah SWT. Ada yang menyambutnya dengan berpesta, nyanyian, tarian dan muzik.

Sebahagian lagi menyediakan filem-filem yang menyeronokkan sepanjang malam bulan Ramadan yang dipenuhi dengan adegan yang memenuhi tuntutan nafsu.

Ramai yang menyambutnya dengan mengunjungi pasar-pasar, berasak-asak dengan orang ramai untuk membeli pelbagai jenis makanan dan minuman; seolah-olah bulan tersebut adalah bulan makan-minum, tidur pada waktu siang, berjaga pada malamnya dengan aneka hiburan.

Cara yang dianjurkan oleh Islam secara ringkas adalah sebagaimana berikut
:

1. Berdoa semoga Allah melanjutkan usia kita dan dapat menyambut bulan Ramadan sebagaimana yang diamalkan oleh ulama silam, di samping memohon pertolongan-agar dapat berpuasa, qiamullail dan beramal soleh padanya.

2. Membersih diri dan bersuci, iaitu membersihkan diri dan jiwa dengan taubat daripada segala dosa dan maksiat. Taubat ini adalah wajib pada setiap waktu. Taubat bukanlah sekadar meninggalkan perbuatan dosa. Bahkan ia memerlukan pengembalian seluruh jiwa raga kepada Allah s.w.t.

3. Menyediakan diri bagi menyambut kedatangan Ramadan dengan menunaikan ibadat puasa sunat pada bulan Syaaban serta amalan kebaikan lain. Ia merupakan bulan diangkatkan segala amalan manusia kepada Allah s.w.t.

4. Antara perkara terpenting ialah mempelajari hukum-hakam puasa, mengetahui sunah Nabi SAW serta hukum hakam puasa sebelum menghampiri bulan tersebut.

5. Agenda seterusnya ialah menyediakan jadual ibadah untuk bulan yang mulia itu dengan program yang memenuhi waktu yang amat berharga bagi diri kita, keluarga, rakan-rakan dengan membaca al-Quran, tadarus, qiamullail, menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka, mengerjakan umrah, iktikaf, bersedekah, berzikir, membersihkan jiwa dan raga, dan seterusnya.

Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu namanya ‘al-Rayyan’. Orang yang berpuasa masuk syurga melalui pintu itu. Orang lain tidak akan memasukinya. (riwayat Bukhari)

Sebagai penutup bicara, marilah sama-sama kita hayati kata-kata ini:

“Wahai mereka yang belum cukup baginya dosa pada bulan Rejab, sehingga menderhakai Tuhannya pada bulan Syaaban, telah datang kepadamu bulan puasa selepas kedua-duanya.

Janganlah jadikannya juga bulan kemaksiatan, kerana ia adalah bulan al-Quran dan bulan tasbih.

“Berapa ramai orang-orang terdahulu yang kamu kenal telah berpuasa di antara jiran tetangga dan sahabat handai?

“Mereka telah meninggal dunia sedangkan kamu masih hidup. Alangkah hampirnya masa mereka yang telah pergi dengan yang masih tinggal.

Ya Allah , sampaikan kami kepada bulan Ramadan, supaya kami dapat menunaikan ibadah puasa dan amalan soleh. Tetapkan pendirian kami di dalam ketaatan kepada-Mu sehingga kami menemui-Mu. Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Menyahut doa-doa kami”.

06 September 2008

Panduan Solat Qasar Dan Jamak

1.0 Solat Qasar
1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

.
i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

.
ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

.
1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh
terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

.
1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii. Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).

iii. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.

iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).

v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

.
1.5 Contoh Niat
أصلي فرض الظهر رآعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

.
Solat Jamak 2.0
2.1 Takrifan

Solat Jamak terbahagi kepada :

.
i. Jamak Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isyak dalam waktu Maghrib.

.
ii.Jamak Takkhir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat
Isya’ dalam waktu Isya’.

.
2.2 Syarat Solat Jamak
2.2.1.Solat Jamak Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib
daripada solat Isyak.

.

ii.Hendaklah niat Jamak Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.

.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijamakkan itu.

.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.

.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isyak).

==
2.2.2. Solat Jamak Takkhir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.

.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

.
2.3 Contoh Niat
2.3.1 Jamak Taqdim

i.Jamak Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala
2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala

Khasiat Buah Kurma



Buah kurma atau dalam bahasa Arab, tamar adalah dari jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Kandungan protein didalam kurma lebih kurang 2 %, serat hampir 4 % manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 % glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap badan adalah serta merta. Gula didalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam badan. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap badan sebagai tenaga.

Kulit kurma yang mengandungi serat, amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi dan banyak mengandungi potasium yang diperlukan oleh badan untuk sistem saraf. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.
Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksik didalam badan dan tidak memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan daya ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga adalah setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surat al_Mukminah ayat 19, “Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan”.

Umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang mana maksudnya “Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolestrol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopathy, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh, direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagi jenis penyakit. Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga batin.

Jus buah kurma mungkin baru dinegara ini. Dinegara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi menambahkan keenakannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pengganti makanan ringan yang hanya mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadahberbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah (or agwah??) ‘pure’ Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal.

Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya.

Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).

Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam.

Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain. Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah ‘kahwin bunga’ (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).

Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit.Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betinamengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya.

Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti ‘disenyawakan’ oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin. Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55 darjah Celcius.

Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina. Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

“Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni.” Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ‘ayah saudara’ kita….Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, “Gosok pada tangan dan cium,” katanya. “Masya-Allah bau air mani,” kata kami tergamam.

“Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s.”

“Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya
dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini.”Ujar Pak Long dengan senyum lebar.