12 November 2008

...Hadis Hari Ini...

Assalamualaikum Wbt,


Dari Abi Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Baginda RasulAllah SAW bersabda;

Iman itu ialah beriman kepada Allah SWT dan malaikatNya, dan meyakini hari pertemuan denganNya dan RasulNya, dan beriman dengan perkara-perkara yang ghaib.

(Hadis Riwayat Bukhari, ٥٠: ﺮﻗﻡ , ... ﺍﻟﻧﺑﻲ ﺟﺑﺮﻳﻝ ﺴﺆﺍﻝ ﺑﺎﺐ )

Dari Abdullah ibn Masud r.a meriwayatkan bahawa Baginda RasulAllah SAW bersabda;

Sesungguhnya Syaitan dan Malaikat membisikkan kedalam hati setiap manusia. Syaitan sentiasa membisikkan supaya melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran. Adapun bisikan para malaikat ialah mendorong manusia supaya membuat kebaikan dan kebenaran. Maka barangsiapa mendapati sedemikian ketahuilah bahawa ia adalah daripada Allah SWT. Dan bersyukurlah kepada Allah SWT. Barangsiapa terdorong kepada kejahatan dan hendaklah dia berlindung kepada Allah SWT, daripada syaitan yang kena rejam. Kemudian Baginda membacakan sepotong ayat Al-Quran yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan sentiasa menakut-nakutkan kamu kepada kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (Surah Al-Baqarah ayat 268)

(Hadis Riwayat Tirmizi, dan katanya hadis ini Hasan Sohih Gharib, ٢٩٨٨ : ﺮﻗﻡ ,ﺍﻟﺑﻗﺮﺓ ﺴﻭﺮﺓ ﻭﻣﻥ ﺑﺎﺏ )


Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat)kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (Surah Ibrahim: Ayat 7)

Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman (Surah al Anfāl : Ayat 1)

Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah (Surah al Hasyr : Ayat 7)

Hidup ini penuh nikmat, zahirkan kesyukuran kita dengan amal sebelum menjelma kematian. Semoga ianya memberi manfaat untuk kita ambil iktibar dalam menjalani kehidupan seharian.

Wassalam..........

No comments: