11 November 2008

...Hadis Hari Ini....

Assalamualaikum..wbt..

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda;

Apabila Allah SWT menciptakan makhlukNya, lantas ditulis di Lauh Mahfudz, `Sesungguhnya rahmatKu lebih besar daripada kemurkaanKu`. Tulisan ini berada diatas Arasy dihadapan mereka.

(Hadis Riwayat Muslim, ٦٩٦٩ : ﺮﻗﻡ .... ﺗﻌﻟﻰ ﺍﷲ ﺮﺣﻣﺔ ﺴﻌﺔ ﻓﻰ ﺑﺎﺐ )

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Baginda RasulAllah SAW bersabda;

Sekiranya orang-orang mukmin mengetahui bagaimana keadaan azab bagi orang-orang yang engkar disisi Allah SWT, nesaya tidak ada seorang pun diantaranya yang (amat) mengharap untuk memasuki syurga. Dan sekiranya orang kafir mengetahui betapa rahmatnya Allah SWT, nescaya tidak ada seorang pun (daripada mereka) yang akan putus asa daripada (usaha untuk) memasuki syurga.

(Hadis Riwayat Muslim, ٦٩٧٩ , ﺮﻗﻡ ..... ﺗﻌﻟﻰ ﺍﷲ ﺮﺣﻤﺔ ﺴﻋﺔ ﻓﻰ ﺑﺎﺏ )

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda;

Sesungguhnya Allah SWT memiliki seratus rahmat. Allah SWT menurunkan satu rahmat kepada manusia, jin, binatang-binatang ternak, buas dan melata. Dengan satu rahmat ini mereka saling berlembut, memahami, dan saling berkasih sayang, dengan rahmat ini menyebabkan seekor binatang mengasihi anaknya. Allah SWT mempunyai sembilan puluh sembilan lagi rahmat yang disimpan pada hari Kiamat yang dengannya akan merahmati setiap hambaNya.

Tambahan: Dalam satu riwayat yang lain, Baginda SAW bersabda: Apabila hari kiamat nanti, Allah SWT yang mempunyai 99 rahmat, dicampur dengan 1 rahmat didunia yang mencukupkan 100 rahmat akan dikurniakan kepada hambaNya (Keseluruhan rahmat tersebut menjadi asbab kerahiman Allah SWT pada hari itu)

(Hadis Riwayat Muslim, ٦٩٧٤ , ﺮﻗﻡ ..... ﺗﻌﻟﻰ ﺍﷲ ﺮﺣﻤﺔ ﺴﻋﺔ ﻓﻰ ﺑﺎﺏ )

Rujukan: Kitab Muntakhab Ahadith, Muhammad Yusuff Al-Kandahlawi, Penerbit: Klang Book Centre, Cetakan Pertama 2004.


Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (Surah Ibrahim: Ayat 7)

Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman” (Surah al Anfāl : Ayat 1)

Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah” (Surah al Hasyr : Ayat 7)

Hidup ini penuh nikmat, zahirkan kesyukuran kita dengan amal sebelum menjelma kematian. Semoga ianya memberi manfaat untuk kita ambil iktibar dalam menjalani kehidupan seharian.

Wassalam

2 comments:

umimuadz said...

slm k.rose,hadis ni saya tak boleh baca coz hanya keluar lambang2 jer..
alahai..org2 bradford ni dari dulu2pandai masak n rajin..malu saya.. tak termasuk saya..hehe kriuk2 tu nak mkn gitu sajer ker atau ngan bakso?cuba ler bagi nama fp akak dulu tu kot2 leh cari ker..

Mdm Rose said...

Kriuk2 tu drassing dia mcm taugeh jugak..sedap jugak dimakan begitu sahaja..tang kriuk2 tu kalau buat mmg banyak..anak2 n hubby suka makan mcm tu jer..fotopagestu dah tak boleh buka..ni link dia http://ralias.fotopages.com