20 November 2008

Perbuatan Dosa Mematikan Hati.


Assalamualaikum..Wbt,

..HIASILAH SETIAP PERBUATAN DENGAN ZIKRULLAH..
"Wahai teman, hatimu adalah cermin yang mengkilap,kau harus membersihkan Debu yang menutupi, kerana hati telah ditakdirkan untuk memantulkan cahaya Illahi"
Demikianlah kata Imam Al-Ghazali mengambarkan supaya hati itu dijaga supaya sentiasa dalam keadaan bersih dari perkara2 negatif yang boleh merugikan bagi setiap diri yang memilikinya.

Ibrahim Bin Adham mengungkapkan bahawa "Hati seorang mukmin adalah bening bagaikan kaca,sehingga syaitan tidak dapat berbuat apa2 untuk mengodanya,jika berbuat dosa tercatat titik hitam tertulis didalamnya,jika bertaubat hilanglah titik hitam itu,akan tetapi jika terus menerus melakukan kesalahan ,hati akan tertutup dengan titik2 hitam tersebut,sekiranya sudah demekian maka payahlah untuk dinasihatinya,ianya telah menjadi buta untuk menemukan kebenaran dan cahaya iman."
Hati juga ibarat sebuah masjid yang ditempatkan oleh Allah.SWT.didalam diri setiap manusia,sebuah masjid adalah untuk menampung percikan cahaya Illahi didalamnya.

Didalam Sebuah hadis..Allah S.W.T berfirman,
"Aku yang tidak cukup ditampung oleh langit dan bumi,melainkan tertampung didalam hati sesorang yang beriman dan tulus ikhlas."

Masjid didalam hati kita ini amatlah berharga daripada tempat2 tersuci dimana jua pun dimuka bumi ini. maka jika kita melukakan hati manusia lain dosanya adalah lebih besar daripada kita merosakan tempat suci didunia ini.

Hati adalah senjata manusia dalam segala hal,hati juga merupakan pusat keimanan dan ketakwaan terhadap Allah. Hati juga adalah hakim yang tidak pernah berbohong dan tidak akan musah disuap.hati juga adalah kiblatnya niat yang akan diikuti oleh segala angota tubuh manusia dan hati adalah tempat perincian penilaian Allah.
Jestru kita perlu menjaganya supaya jangan ianya terpalit dosa yang akan membunuh segala amalan kita.

Hendaklah diingatkan bahawa perbuatan dosa itu akan mematikan hati. sekiranya dosa itu dilakukan terus menerus ianya akan menyebabkan kesesatan dan juga membawa malapetaka kepada hati manusia bagaikan racun yang mematikan dan merbahaya kepada badan.
Sebaliknya meninggalkan perbuatan dosa dapat menghidupkan hati,sebaik-baik manusia adalah mereka yang dapat mengendalikan nafsu.

Zikrullah adalah alat yang paling ampuh untuk mendidik hati dalam rangka kita mengabdikan diri kepada Allah SWT.Jestru itu marilah kita memperbanyakan zikir kepada Allah supaya hati kita sentiasa mengingati Allah.

Allah memerintahkan supaya kita berzikir tanpa ada hadnya, kerana ianya sangat mudah untuk dilaksanakan dan amat besar pula ganjaran yang terdapat didalamnya,maka tidak ada alasan untuk kita meninggalkan berzikir kepada Allah, kecuali orang yang gila(hilang akal).

Dalam surah Al Hasyr ayat 19. Allah menerangkan yang Bermaksud "Dan janganlah kamu jadi seperti orang-orang yang lupa kepada Allah,lalu Allah menjadikan mereka lupa pada diri sendiri,maka mereka itu adalah orang2 yang fasik".

Lupa mengingati Allah ianya akan menjadikan kurangnya Amalan kita,kerugian jauh lebih besar daripada keuntungan jika kita lupa berzikir kepada Allah sekiranya kita tidak bersegera membaikinya.

Allah SWT. berfirman yg bermaksud:. "Dan bertasbihlah dengan memuji Rabbmu ketika kamu bangun berdiri. Dan bertasbihlah kepadanya pada beberapa saat dimalam hari dan diwaktu terbenam bintang-bintang(diwaktu fajar)." (Ath-Thur.48-49).

Hendaklah diingatkan dalam sebuah hadis shahih,Rasullah SAW. bersabda:
"mahukah aku beritahukan kepada kalian satu amal yang paling baik dan paling suci dalam pandangan Raja kalaian,dan lebih dari menginfakan emas dan wang,dan lebih baik daripada kalian menemui musuh kalaian lalu kalian saling menebas pedang ke leher masing2? para Sahabat menjawab:" Silakan Wahai Rasululah!" Rasululah bersabda."Zikirlah Kepada Allah."
Dalam kesempatan kita masih bernafas dimuka Bumi ini, rebutlah peluang untuk kita terus berzikir sepanjang masa..Apabila kita sudah terbaring didalam perut bumi,tiada tiada lagi peluang untuk berbuat demikian.

Di Kubur dan dialam akhirat,kita hanya menuai apa saja amalan kebaikan dan kejahatan semasa kita berada di muka bumi ini.

Oleh itu jagalah hati dan biasakankanlah hati kita dengan berzikir kepada Allah..kerana Hati Itu cermin diri sesorang...

Wallahualam..


*Petikan dari Majalah Hidayah -Zulhijjah 1429/Disember 2008.

No comments: