25 February 2010

Mee Kari


BAHAN KUAH
1/2 ekor ayam
1 mangkuk kecil isi kerang
250 ml pati santan
1500 ml air
1 biji tomato, dibelah 4
1-2 camca besar cili kisar
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
5 biji buah keras*(*dikisar halus)
3 camca besar rempah kari daging
2 batang Serai

BAHAN TUMIS
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

BAHAN MEE KARI

1 kg mee kuning,
Taugeh
Sawi
Hirisan daun sup/daun bawang
Tauhu, digoreng dan hiris
2 keping fish cake, goreng sekejap dan hiris
Bawang goreng
Hirisan cili hijau/cili merah
limau kasturi *jika suka

CARA2NYA
  1. UNTUK KUAH :- Satukan rempah kari, cili kisar dan bahan kisar halus, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk masukkan serai, masukkan bahan2 tumis dan masak hingga naik bau, masukkan bahan2 rempah tadi dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api perlahan. Masukkan ayam, kacau rata. Tuang air dan biarkan mendidih, perlahankan api dan masak hingga ayam lembut.masukan tomato dan kerang. Biar mendidih.Tuang pati santan dan masukkan asam gelugor. Tambah garam dan gula secukup rasa.. Masak sekejap,masukaan garam dan gula secukup rasa
  2. PENYEDIAAN MEE KARI :- Ambil mee secukupnya dan letak dalam mangkuk sesuai, tuang kuah dan letak bahan lain. Perah limau kasturi sebelum dimakan.....


21 February 2010

Kuih Bakar




Bahan2nya
3 1/2 cawan santan
5-6 biji telur
2 cawan gula
1/2 cawan air pandan - dr 10 helai daun pandan
2 cawan tepung gandum
bijan -goreng tanpa minyak
sedikit pewarna kuning/hijau

Cara2nya
  1. Gaulkan gula dengan telur sehingga gula hancur.
  2. Dan masukkan semua bahan lain di atas kecuali bijan dan kacau sebati.
  3. Tapiskan ke dalam acuan.
  4. Bakar selama lebih kurang 45 minit - 1 jam pada 180c.
  5. Taburkan bijan bila setengah waktu membakar.

Nota kaki
Bakar kuih pada api di bawah dulu pada setgh masa terdahulu dan selebihnya bakar api diatas pulak.



19 February 2010

Keduniaan Yang merugikan Akhirat


Bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana melahirkan kita ke alam dunia yang fana ini. Kita dihidupkan dan insyallah akan dimatikan dengan izinNya. Kita dipinjamkan jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang diizinkan yang kita sendiri tidak mengetahui kecuali diriNya. Hidup kita mengikut apa yang disabdakan oleh Baginda Rasul sebagai seorang pengembara yang sedang dalam perjalanan ke suatu destinasi yang jauh dan memerlukan banyak bekalan. Tentunya dalam perjalanan itu banyak halangan dan gangguan yang boleh menjejaskan matlamat untuk ke destinasi. Pengembara yang bijak tidak akan terpengaruh dengan keseronokan dan kebahagiaan sementara yang ditempuh dalam perjalanan kerana dia tahu bahawa dia sebenarnya adalah warga satu alam lagi. Manakala pengembara yang lupa daratan akan menikmati sepuas-puasnya apa sahaja yang ditempuh; seolah-olah iniah dunianya sehingga terlupa matlamat asal untuk menuju ke dunianya yang sebenar. Mereka terpedaya dengan kemanisan dunia dan menyangkakan apa yang dipungut itulah BEKALAN.

Sebagai seorang pengembara, kita seharusnya bijak melayarkan bahtera ke arah yang betul mengikut kompas yang dipiawaikan oleh Rasul. Untuk sampai ke destinasi AKHIRAT, pungutlah bekalan sebanyak mungkin. Anggaplah segala keseronokan duniawi sebagai BEBAN yang boleh menjejaskan perjalanan ke sana. Ingatlah pesanan orang tua : Kita sebenarnya adalah WARGA AKHIRAT - tempat yang kekal abadi; sementara dunia ini ialah rumah tumpangan sementara yang penuh kepalsuan dan tipu-daya. Oleh itu kita mestilah bijak memilih mana satu BEKALAN dan mana satu BEBAN. Barangan yang dikategori sebagai BEBAN akan menyusahkan perjalanan ke akhirat manakala barangan BEKALAN akan berfaedah untuk kehidupan di sana. Kutiplah bekalan sebanyak mungkin dan hindarkan memikul beban yang menyulitkan perjalanan.

Ingatlah: "Dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam. Hasilnya kita akan kecapi di Akhirat nanti."

"Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati keesokannya." - Hadith

Ramai mentafsirkan Hadith ini dari segi keduniaan iaitu kerja bersungguh-sungguh kerana kita akan hidup lama di dunia. Tetapi makna yang tersirat ialah kita hidup lama lagi di dunia jadi kenapa nak bekerja beria-ia mencari pendapatan lebih sedangkan masa banyak lagi. Tetapi dalam hal akhirat, kita akan mati esok - jadi terpaksalah buat persiapan dengan lengkap dan berhati-hati kerana kita akan mati esok. Tafsiran begini jarang diterangkan oleh umum terutama pemburu harta di dunia.

Islam tidak menghalang umatnya mencari harta-benda dan kekayaan; asalkan ia tidak menghalang dari melakukan pengabdian kepada Allah. Malahan orang Islam yang kaya adalah amat diperlukan kerana ia adalah sumber ekonomi negara dan sebagai juruwang bagi saudaranya yang miskin dan memerlukan bantuan. Orang kaya adalah pembantu orang msikin, orang kuat adalah pelindung golongan yang lemah, orang alim sebagai sumber cahaya dan ilmu kepada orang jahil. Begitulah golongan ini saling bantu-membantu antara satu dengan lain. Apa yang Islam larang ialah meletakkan keduniaan sebagai sasaran utama dalam hidup melebihi hal-hal keakhiratan dan pengabdian kepada Allah. Sekiranya keduniaan diberikan keutamaan dalam hidup bererti konsep syahadahnya terjejas. Intipati syahadah ialah mengaku dengan sebenar-benar pengakuan bahawa Tiada lain yang lebih besar selain Allah dan pengakuan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Ini bererti tumpuan pengabdian hakiki ialah Allah dan BUKANNYA harta-benda dunia. Jika kekayaan dunia dijadikan asas hidup berertilah kita telah membesarkan dunia daripada Allah sendiri; atau dalam kata-kata lain kita bertuhankan harta bukannya Allah. Di sinilah terpesongnya aqidah orang-orang kebendaan.

Sangat beruntunglah mereka yang mempunyai harta kekayaan yang menjadikannya sebagai modal untuk akhirat. Wang ringgit dipertaruhkan sebagai saham akhirat dengan bersedekah, mendirikan masjid, membantu fakir miskin dan anak yatim, menyelesaikan masalah dan keperluan jiran dan masyarakat sekeliling. Mereka inilah yang berjaya menukar harta menjadikan sebagai pahala atau membeli akhirat dengan dunia. Sebaliknya amat rugi mereka yang mempunyai wang ringgit dan harta kekayaan tetapi membelanjakan untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah untuk akhiratnya; atau lebih dahsyat jika digunakan untuk kerja-kerja maksiat dan hiburan semata. Di akhirat akan ditanya Allah ke mana wang ringgit kita dibelanjakan dengan begitu halus dan tereperinci.

Dalam Al-Quran banyak sekali ayat yang menjelaskan bahawa kehidupan akhirat adalah lebih penting dan lebih kekal. Oleh itu sayugia bagi kita melebihkan kehidupan akhirat daripada dunia. Kehidupan di dunia hanya dalam tempoh terhad; jarang-jarang melebihi 90 tahun; tetapi akhirat tiada batasan waktu. Sudahlah begitu diriwayatkan satu hari di akhirat menyamai 1000 tahun di dunia. Jadi berapalah nilai umur dunia dibandingkah akhirat? Orang yang bijak tentunya berpandangan jauh iaitu untuk kehidupan akhirat. Ada di antara orang-orang alim dan para wali sangat mengambil berat tentang pengisian waktu dengan ibadat. Mereka tidak rela membuang masa begitu sahaja. Setiap saat bagi mereka adalah berharga dan mesti diisi dengan sesuatu ibadat supaya tidak terbuang begitu saja. Bagi mereka, setiap nafas yang turun naik akan dipersoalkan. Pada sebelah malam, mereka menggunakan masa untuk beribadat. Masa tidur mereka amat sedikit.

Sebaliknya mereka yang asyik mengumpul harta dunia untuk dunia adalah berfikiran sempit kerana tidak menjangkau alam abadi di akhirat. Ahli dunia saban masa memikirkan bagaimana nak mengumpul harta benda hingga menjadi kaya. Walaupun sudah kaya, mereka masih berusaha lagi supaya menjadi bertambah kaya; tanpa sedikit pun memikirkan bagaimana harta yang ada pada mereka hendak diinfaqkan di jalan Allah supaya hasilnya dapat dituai di akhirat kelak. Orang kaya begini pada hakikatnya adalah miskin kerana masih banyak memerlukan sesuatu.

Semasa perjalanan Israk Mikraj, Allah menunjukkan satu golongan yang menanam gandum dan kemudian menuainya. Baru lepas ditanam, terus berbuah dan dituai; begitulah seterusnya. Inilah ibarat orang yang membuat kebajikan sentiasa tak putus-putus menerima ganjaran pahala yang banyak di sisi Allah. Balasan pahala ini akan dinikmati kebahagiaannya di akhirat kelak.

Dinukilkan dalam sebuah kitab, seorang raja dihadiahkan orang sebuah piala minuman bertatahkan permata fairuz. Piala itu sangat cantik dan amat berharga. Raja sangat gembira menerima hadiah itu. Apabila seorang hukama datang berjumpa dengannya, raja itu bertanya kepadanya mengenai piala tersebut. Hukama itu berkata, "Aku tidak lihat apa-apa dari piala itu kecuali bala dan fakir." Raja tercengang dan berkata, "Mengapa kamu berkata begitu?" Hukama itu menerangkan, "Kalau piala itu pecah, sudah tentu ia tidak boleh dibaiki lagi dan hati menjadi susah atas bala yang menimpa. Kalau ia dicuri orang, tuanku akan bersedih atas kehilangan itu dan berasa seperti fakir. Bahkan sebelum tuanku dapat piala ini, tuanku tidak ada rasa apa-apa bahkan senang dengan keadaan begini, tetapi selepas ada piala ini, jika berlaku kehilangan tentu tuanku berasa amat sedih." Selang beberapa bulan, piala yang disayangi raja itu pecah berkecai. Raja itu menjadi sangat sedih dan hampa atas kehilangan piala itu. Dia kembali berjumpa hukama itu dan mengaku atas kebenaran kata-katanya. Kisah ini jelas membuktikan bahawa harta dunia yang kita sayangi tidak memberi apa-apa makna di dunia kecuali kesusahan dan kemiskinan. Bahkan dirasakan amat berat untuk meninggalkan harta itu semasa roh hendak kembali berjumpa Allah.

Sebagai kesimpulannya, kita hendaklah mempunyai pendirian berkaitan dengan penumpukan harta kekayaan. Yang lebih penting bagi kita ialah adakah kita akan diterima oleh Allah di akhirat kelak sebagai hambaNya yang soleh. Begitu juga adakah Nabi Muhammad saw akan mengaku atau mengiktiraf kita sebagai umatnya. Jika Allah tak mengaku hambaNya dan Nabi Muhammad saw tak mengaku kita sebagai umatnya, ke mana lagi kita nak pergi ketika itu? Ke mana tempat kita nak mengadu nasib? Di dunia bolehlah meminta bantuan dari kaum kerabat dan sebagainya tetapi di akhirat siapa lagi selain Allah dan rasulnya.. Akhirnya sama-sama kita meminta taufiq dan hidayat semoga kita berada di landasan sebenar sebelum kita dipanggil oleh Allah. Kita pohonkan keselamatan dan taubat di atas dosa-dosa kita dan mudahan kita kembali menemuiNya dalam keadaan Allah meredhai kita, insyaallah..

18 February 2010

Karipap Ayam


Bahan2nya
(20biji)
Untuk Inti
3Biji Ubi keledek/kentang
1 mangkuk kecil isi ayam
1 sudu besar rempah kari
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa

Untuk Pastry
300gm Tepung gandum
1 gesla air sejuk
1 sudu besar marjerin*
2 sudu besar minyak masak*
sedikit garam

*di panaskan

Cara2nya

Untuk inti
Tumis bawang merah bawang putih sehingga naik bau,masukan serbuk kari kacau sebentar,masukan sedikit air,bila bahan2 sudah naik minyak masukan ayam dan diikuti dengan ubi keledek/kentang,masukan garam dan gula,dan biarkan sehingga sedikit kering.

Untuk Pastry
Panaskan minyak masak dan marjerin, tuangkan diatas tepung, kacau bersama hingga sebati,masukan garam dan air,uli perlahan hingga menjadi adunan tidak melekat.



Hargailah



Ramai lelaki terlupa untuk menghargai perempuan di sekelilingnya. Mungkin disebabkan perempuan itu begitu tabah tidak menunjukkan air mata, mungkin juga lelaki telah kebal dan kalis dengan air mata dan pengorbanan perempuan atau mungkin juga mereka melihat perempuan sama sahaja seperti lelaki. Atau mereka sudah kebal dan tidak melihat perempuan di hadapan mereka istimewa kerana melihat perempuan lain yang ajnabi yang lebih menarik.

Saya hendak menulis tentang lelaki dan perempuan yang memiliki iman.

Bagi manusia yang mempunyai secebis iman, hargailah perempuan kerana perempuan yang beriman itu lebih mahal daripada dunia dan segala isinya. Apabila seorang perempuan beriman menjadi ibu, dia akan menjadi ibu yang terlalu istimewa, meredah segala ujian dengan tabah. Dia akan terus mendoakan anak-anak sepanjang hayatnya seolah-olah hidupnya untuk berdoa. Seorang ibu beriman seolah-olah kekeringan air mata kerana dia mahu anak-anaknya bahagia lalu air matanya tidak tumpah melainkan di hadapan Allah dan di dalam hati. Dia tahu dia mesti kuat supaya anak-anaknya kuat menghadapi kehidupan.

Seorang ibu beriman selalu menahan perasaannya. Dia tahu doanya amat mustajab jadi dia hanya mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak walaupun si anak sering melukakan hatinya.

Apabila seorang perempuan beriman menjadi isteri, dia berkorban untuk suami. Kadang-kadang dan banyak ketika si isteri menangis suami tidak tahu. Bertuah si isteri yang mendapat suami beriman kerana suami itu akan melihatnya sebagai amanah ALlah. Suami beriman sangat menghargai isteri, mendidik dan menenangkan isterinya. Amanah Allah ini akan dijaga sebaiknya.

Perempuan bagaimana bijak dan tinggi pendidikannya tetaplah lemah perasaannya, ada ketika dia tidak rasional, mudah marah, mudah benci, mudah lemah dan mudah bersangka-sangka. Jadi, suami beriman akan sentiasa memberi ketenangan, mendidik dan menceriakan keadaan.

Suami beriman tahu isterinya menggadai nyawa di saat melahirkan anak-anak. Hampir sahaja kesakitan melahirkan membuat nyawa melayang. Suami beriman tahu susah isterinya menanggung kandungan 9 bulan,tubuh si isteri mengalami pelbagai perubahan. Kesakitan demi kesakitan yang bertambah sekian hari sudah tidak mampu diceritakan. Jadi isteri hanya memilih pasrah tanpa bercerita satu persatu kesakitannya. Suami yang baik akan sentiasa faham dan cuba memberi keselesaan terutama dengan kata-kata baik yang menenangkan perasaan, sentuhan dan pelukan yang mendamaikan. Sememangnya isteri mengandung perlu ketenangan ditambah dengan amalan-amalan dan zikrullah memohon rahmat Allah.

Lelaki yang keras dan tidak berlembut dengan isteri hanya akan membuatkan isteri semakin menjauhkan diri dan juga berkeras. Isteri akan menyembunyikan perasaan dan rasa. Isteri akan membina tembok kebal dalam dirinya sendiri. Lelaki beriman yang berlembut dengan isteri akan mendapat manfaat yang pelbagai kerana isteri juga tidak berkeras dengannya. Seorang suami yang sentisa memberi kepada ahli keluarganya sendiri dan membuat kebaikan kepada ahli keluarganya akan sentiasa mendapat rahmat Allah dan diluaskan rezeki.

Ramai manusia apabila semakin bertambah tanggungjawab dan kerja, semakin tidak kisah perasaan si isteri. Apa yang penting cukup makan dan pakai. Si isteri juga menjadi semakin kebal, perasaan lembut dan halusnya juga makin terpendam. Isteri tiba-tiba menjadi kuat sendiri. Hati-hatilah apabila suami isteri hidup sebumbung tetapi nafsi-nafsi. Kesibukan masing-masing membuatkan rumah tangga tidak lagi ada mawaddah dan rahmah.

15 February 2010

Tuisyen



Kemalasan melanda kembali especially time cuti panjang mcm ni..seperti selalu aku dan mr hubby punya agenda bersama anak2..kami mengadakan kelas tusiyen di rumah bersama anak2..nampaknya anak2 begitu teruja bila kami menjadi tenaga pengajarnya.
saya di tugaskan mengajar pendidikan islam dan al quran..mr Hubby pula dgn subject yg lebih berat..
selepas breakfast anak bungsu kami sudah ada plan tersendiri..minta si ayah mengajarnya bahasa inggeris.banyak mengelak bila mama start buka buku..Mama garang..ayah sporting..bijak si anak membezakan keraktor mama dan ayahnya..mmg bijak.. saya mmg sedikit garang dengan anak2..si ayah pula lebih banyak berlembut dengan mereka.wahai anak2ku..semoga menjadi anak2 yang membanggakan kami berdua. Insyaallah.

14 February 2010

Sambal Sardine



Bahan2nya

1 Tin sardine
2 sudu besar cili giling*
1 labu bawng besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
2 biji cili hijau
sedikit potongan nenas
air asam jawa
gula dan garam secukup rasa

Cara2nya

Tumis bahan2 * hingga naik bau..masukan sardine, kacau seketika .
Masukkan nenas,cili hijau,air asam jawa ,garan dan gula secukup rasa.
sedia untuk hidangan

Siakap Lemak Cili Padi &Nenas


Bahan2nya

1 ekor ikan siakap (digoreng)
1/2 Biji nenas(dipotong kecil)
10 tangkai cili padi*
5 Ulas bawang merah*
3 Ulas Bawang Putih*
1/2 Inci Halia Muda*
2 biji buah keras*
sedikit serbuk kunyit
1 biji Tomato
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 biji tomato di belah empat
air asam jawa
garam secukup rasa

*dikisar

Cara2nya

Masukan Bahan2 kisar didalam periuk bersama santan cair dan ikan yg telah digoreng.
masukan cantan cair,serbuk kunyit,air asam jawa dan garam.
biarkan sehingga mendidih masukkan santan pekat dan tomato dan nenas. biarkan sehingga santan pekat dan masak..sedia intuk hidangan

10 February 2010

Fish & Chips




Salam semua...lama rasanya tak menulis..agak sibuk kebelakangan ini sejak Abah dimasukan ke hospital ..alhamdulillah Abah kesihatan abah telah beransur pulih,selepas kaki kirinya dipotong paras peha akibat kencing manis..semoga abah tabah melalu farsa kehidupan yg baru.dilimpahkan kesejahteraan dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
Sejak berulang alik kerumah abah..memasak pun ikut dan jer.. masak ikut gerak hati n mana yg mudah..alhamdulillah hubby tak banyak kerenah bab2 makan ni..tu jer la yg sempat saya masak untuk hidangan makan malam...:)

05 February 2010

Rahsia Dan Nikmat Sabar


MAKSUD "sabar" dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak- selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini.

Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:

* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;
* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;
* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;
* tenang / teguh hati menghadapi cubaan atau musibat.

Sabar yang demikian itu adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu ibadah, malah segala ibadat itu didirikan di atas sabar, kerana dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menanggung kepayahan dan pengorbanan.

Malah, dalam segala lapangan, kita perlu bersabar dan menangani segala kesukaran dan rintangan yang dihadapi. Orang yang gagal bersabar tidak akan tercapai matlamat dan manfaat ibadatnya.

Antara tujuan kita disuruh mempertahankan kesabaran itu ialah:

Pertama, supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya. Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada padah pelbagai musibat menjadikan kita keluh-kesah, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. Keadaan ini tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam kerja ibadat, khususnya. Kadang-kadang sampai tidak dapat meneruskannya.

Kedua, untuk mencapai kejayaan (kebajikan dunia dan akhirat).

Antara firman Allah Taala tentang hal ini ialah: "Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin yang memberi pertunjuk dengan perintah kami ketika mereka bersabar". (QS. 32:24); "Mereka itulah orang- orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka dialu-alukan di dalamnya
(syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)". (QS. 25:75);
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas". (QS. 39:10);

Allah Taala menganjurkan kita supaya bersabar. Firman-Nya (mafhumnya): "Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (melakukan taat dan menghadapi musibat), teguhkanlah kesabaran kamu, tetapkanlah kewaspadaan serta siap siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung (merebut syurga dan bebas dari neraka). (QS. 3:200).

Apabila seseorang itu berjaya mempertahankan kesabarannya dalam keempat-empat keadaan tersebut di atas, maka tercapailah darjat istiqamah dan taat dengan mendapat ganjaran pahalanya yang besar. Orang itu tidak akan terjatuh ke jurang maksiat.

Saiyidina Ali Abu Talib k. a. w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

DALAM konteks menghadapi ujian (qadhak) atau musibat atau mala petaka, seseorang hamba Allah itu, insya Allah, akan berjaya mengekalkan kesabarannya , jikalau dia sentiasa mengingati atau mengekalkan kesedaran tentang hakikat atau hikmat musibat itu, atau jika hamba Allah itu sentiasa menaruh sangkaan baik terhadap Allah Taala. Malah, dengan yang demikian, kesabaran dan keimanannya akan bertambah teguh.

Sebagai perbandingan tentang hakikat musibat itu, kita katakan ada seorang bapa yang melarang keras anaknya memakan sejenis makanan yang amat digemari oleh anaknya itu. Sebaliknya sang bapa itu memaksa anaknya memakan makanan biasa daripada bahan yang murah, walaupun dia cukup mampu membeli makanan istimewa yang menjadai kegemaran anaknya itu. Apakah penerimaan atau reaksi sang anak terhadap tindakan bapanya itu?

Dan apakah kata kita terhadap sang bapa itu? Mungkin ramai antara kita akan mengatakan sang bapa itu kedekut, bakhil, tidak bertimbangrasa dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak harus menuduh sebarangan kepada sang bapa itu sebelum kita tahu apa tujuan dia bertindak demikian. Kita harus mencari sebab-musababnya.

Inilah tindakan wajar orang yang bersabar. Demikianlah antara cara kita berhadapan dengan keadaan yang tidak menyenangkan kita atau apabila menerima cubaan atau musibat yang ditakdirkan oleh Allah Taala ke atas diri kita. Kita tidak harus terus melenting marah atau kesal mengikut arus perasaan atau rangsangan nafsu dan syaitan, kerana kita tidak tahu rahsia hakikat dan hikmat di sebalik takdir itu.

Bandingannya, katakan kita tahu, tujuan sang bapa tersebut bertindak demikian adalah kerana anaknya itu sedang mengidap suatu penyakit yang mengikut doktor, sang anak itu akan menghadapi bahaya apabila memakan makanan kegemarannya itu.

Sekarang apa kata kita? Tidakkah tuduhan-tuduhan terhadap sang bapa tadi tergugur dengan sendirinya? Dan, sang anak itu pula, apa bila mengetahui tujuan bapanya itu, apakah wajar memarahi bapanya atau berkecil hati atau menyesali tindakan bapanya itu? Sekarang tentulah kita akan mengatakan, sang bapa itu adalah seorang bapa yang bertanggungjawab dan anaknya pula tidak sepatutnya menyesali tindakan bapanya yang demikian. Katakan lagi, sang bapa membawa anaknya itu ke hospital, lalu ditahan di wad hospital itu. Maka itu terpenjaralah sang anak di hospital, terpaksa berpisah dengan keluarga dan kawan-kawanya. Selain itu dia terpaksa minum dan menelan ubat-ubat yang pahit dan disuntik. Rawatan seterunya ialah pembedahan.

Pada zahirnya, sang anak itu menderita terseksa, tetapi apabila diyakini, bahawa 'seksaan' itu adalah untuk menyelamatkannya daripada ancaman dan seksaan sebenar yang berpanjangan daripada penyakit yang dihidapinya itu, maka 'seksaan' sementara itu seharusnya diterima dengan hati terbuka, penuh rela, tenang, dan sabar.

Demikianlah semestinya penerimaan kita terhadap musibat atau ujian drpd Allah Taala. Sebenarnya penyakit itu sendiri merupakan suatu cubaan atau musibah. Melalui penyakit, kita diuji oleh Allah Taala sejauh mana kesabaran dan keimanan kita, sejauh mana dan bagaimana usaha atau ikhtiar kita merawatinya, sama ada dengan cara yang bersendikan tawakal dan tafwid atau melibatkan perbuatan syirik, yakni bergantung kepada yang lain daripada Allah dan melakukan perkara-perkara mungkar yang lain.

Dan, kalau ditakdirkan usaha rawatan itu gagal dan penyakit itu bertambah tenat, maka itu adalah ujian yang lebih besar, khususnya kepada pengidap penyakit itu. Kalau penyakit itu akhirnya membawa maut, maka ujian itu melibatkan keluarga pula. Hikmat dan hakikat di sebalik apa yang ditakdirkan Allah itu, sama ada yang baik ataupun yang buruk, kita tidak tahu.

Sebab itu kita perlu bersabar menerima dan menanggungnya. Kita sebagai hamba Allah hendaklah menghadapinya dengan hati yang tenang, penuh kerelaan, penuh kesabaran; di samping berikhtiar mengatasinya dengan seberapa daya mengikut kemampuan kita sebagai manusia, hamba Allah.

Untuk mewujudkan kesabaran, kita hendaklah sentiasa menyedari, bahawa kadar dan waktu berlakunya kesusahan atau musibat itu adalah di bawah takdir Allah Taala yang maha berkuasa. Ketetapan kadar itu tidak bertambah atau berkurang dan waktunya tidak terdahulu atau terkemudian.

Dan, untuk memelihara atau mengekalkan kesabaran itu pula, kita hendaklah sentiasa mengingati bahawa kesabaran itu bakal dibalas dengan ganjaran kebajikan dan pahala yang disimpan khas oleh Allah Taala.

Demikianlah, kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarrab.

Yakinlah, keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita sekali gus menolak mudarat daripada kita. Sebagai ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan

wallahualam.