17 December 2009

Abah


Assalamualaikum..
Lama rasanya tak meng"update' blog ni..beberapa hari kebelakangan ini keadaan kurang mengizinkan..sibuk berulang alik ke hospital..Alhamdulillah semalam Abah sudah dibolehkan keluar Hospital..keadaannya pun sudah menampakan tanda2 positive setelah jari kaki kelingkingnya dipotong akibat kencing Manis.
Pada hari Isnin 14 Disember Abah di Masukan ke Hospitl Pantai Batu Pahat..keadaannya sangat menyedihkan,kesakitan yg tanggung seolah2 tidah terucap dengan kata2..sebelum dimasukan ke Hospital Pantai abah kami bawa ker General hospital.Tapi keadaannya semakin teruk,sedangkan doktor memberitahu luka dikaki Abah hanya luka biasa..2 hari abah di GH abah sudah dibenarkan pulang.siapa sangka keaadannya bertambah teruk,sehari selepas kluar GH jari klingking kaki abah bertukar menjadi hitam..Ya Allah sesungguhnya sungguh besar ujian yg kau berikan.
Ya Allah..tak tertanggung rasanya kami adik beradik melihat keadaan abah..apa lagi Mak yg sentiasa ada disisi.Kesian abah..kalau boleh mau saja saya menggantikan kesakitan yg Abah tanggung.
Selepas Asar 14 Dis abah dimasukan ke Wad..setelah berbincang dengan Dr Baharuddin dan abah pun bersetuju tanpa ada paksaan dari sesiapa..tepat jam 9 malam abah masuk ke bilik opretion..Alhamdulillah nampaknya abah berpuas hati dengan keputusannya itu..dan selepas 2 hari abah sudah dibenarkan pulang..semoga abah cepat sembuh.
Terima kasih buat rakan2 yang melawat dan yang mendoakan..:)

07 December 2009

XTVT -4-6 December

Permandangan Indah

Hujan Renyai2


Assalamualaikum..Wbt

I'm back after 3 days..
4-5 Dec-Penat sungguh sepanjang 3 hari ini..bermula hari jumaat pagi kami sekeluarga ke Kuala Pilah,Aidil Adha yg lepas saya dan family tak sempat pulang berhari raya bersama keluarga Mertua Di Batu Gajah Perak kerana kami hanya sempat merayakan nya di Johor,cuti pun tak lama dan kami merancang jumpa mak di Kuala Pilah shj..kebetulan mak mertua sekarang tinggal ngan adik bungsu Hubby yg berkerja di Kementrian Ismail Sabri(bapak Dafi),kami bertolak seawal jam 8pagi,memandu dengan keadaan jalan yang licin,hujan renyai2 mengiringi perjalanan kami,rasa seriau bila melalui kawasan bukit putus..kepala mula la pening dengan keadaan jalan yang bengkang bengkok seperti ular.sepanjang perjalanan anak2 memilih untuk tidur shj,irfan sedari awal sudah pening pening kepala..sempat jugaklah mengeluarkan segala isi perutnya.

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam 45 minit (tapi perjalanan kami lebih dari 3 jam kerana jalan licin akibat hujan renyai2)cukup menyesakan bagi kami,terasa seperti di Wales UK dulu..begini lah keadaan jalan disana waktu itu..hubby mmg tak tahan ngan keadaan jalan yg mcm ni..mula la pening kepala..apa lagi anak2..untuk menghilangkan rasa2 yang tidak enak saya pun snap la beberapa gambar untuk menghilangkan rasa bosan sepanjang perjalanan..sampai di Pekan Kuala Pilah lebih kurang Jam 12 tengahari..


Alhamdulillah..kami selamat sampai dan kerinduan kat mak mertua terubat la sikit,jangka masa 2 hari bersama rasanya tidak cukup untuk saya dan family bermesra-mesra dengan mertua..kerana harri sabtu kami perlu pulang semula ke Johor.maklum la cuti sekolah, ramai kawan2 yg mengundang untuk majlis perkahwinan anak2 mereka..


Ahad 6 Dec kami ke batu pahat seawal jam 9 pagi,,pergi ke bank menyettle kan apa2 yg patut.singgah shopping barang2 dapur di Carrefour sehingga jam 12tghari, masak pun tak sempat, so anak2 kami tapaukan KFC shj..lagipun anak2 bila dah besar jarang sekali nak mengikut bila kami pergi shopping, mereka lebih suka tinggal dirumah menonton tv dan bermain PS2.kalau bab, pi jemputan kawen,anak2 mmg dari awal cakap takmo ikut.


so hari ahad saya cuti la memasak,jam 2 ptg pi majlis perkahwinan anak Dr Jiwa di Taman Robena,hidangannya sedap2..di situ terjumpa kawan2 lama di STI dulu.still mantain ayu semuanya walaupun anak sudah berderet-deret.
Gambar diatas ni Menu makan malam kami,menu ringkas Kuew Teow Goreng daging lada hitam..Alhamdulillah.:)
( resepi next N3 k)

Nota kaki:- Kepala ni Masih pening2 lalat..














01 December 2009

Bisik-Bisik

Bisik-Bisik

Ayah,Mama & Irfan

Sedang menjamu selera

Cabonara Creamy speghetti

Blackpepper Lamb

Chicken Chops

Nasi goreng special

Rojak Tauhu
Assalamualaikum..wbt
Alhamdulillah dengan izinNya saya dapat kembali diruangan ini berkongsi moment2 indah saya dan family disepanjang musim cuti sekolah ini.
Bermula dengan aktiviti anak2 ke pengajian Al-Quran ,kelas Tusyien dan kelas seni Lukis. dan yang paling mereka tidak pernah lupa saban hari adalah PS2 nya..Bagi anak2 semua itu kegembiraan dan kepuasan setelah penat berjuang sepanjang sesi pembelajaran 2009.
Begitu juga dengan mama deorg..time cuti sekolah semua anak2 ada bersama inilah kesempatan mendekatkan diri dengan anak2,berkongsi segala2nya,bercerita tentang kehidupan,pelajaran , cita2 masa hadapan dan melakukan aktiviti2 sampingan bersama.
Along dengan tugasannya mencuci toilet,jarang sekali merungut.Anis yang sentiasa membantu mencuci pinggan ,mengemas katil dan menjemur pakaian,Irfan anak bungsu kami Alhamdulillah kesihatannya hampir 100% pulih..terima kasih Ya Allah..irfan seorang anak yang bijak dimana ada buku disitulah ada dia,,kalau mama pergi keluar shopping setiap kali yg pesan/beli ialah buku..irfan suka membaca..sehinggakan di usia 8 tahun dia mempunyai beratus-ratus koleksi buku..dia suka membaca tak kira dimana saja dia berada dan buku sentiasa ada di beg galasnya di samping satu lagi hobinya bermain Playstation.Aduhai anak2 ku.
Alhamdulillah anak2 juga mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun..semoga ianya menjadi titik permulaan sehigga tercapai impian anak2..mama akan sentiasa mendoakan Anak2 mama..Insyaallah.Terima kasih Ya Allah Atas kurniaan Mu ini..tinggal sebulan sahaja lagi cuti skolah akhir tahun ini menutup tirainya..bila cuti sekolah hampir tiba di penghujungnya nnti mula la sayu hati mama dan ayah ..anak2 perlu pulang ke asrama untuk menimba ilmu ..di kesempatan inilah juga lah peranan ibu bapa sangat penting dalam mendidik anak2.terutama anak2 yang sedang membesar seperti anak2 saya.
Panjang la pulak mukadimah entry saya kali ini(dah lari dari tajuk sebenar ni).
Oklah berbalik pada tajuk entry saya kali ini,Mungkin ramai yang tertanya2 apa dia makna Bisik2 yang menjadi tajuk entry saya kali ini.
Bisik-bisik adalah satu2nya Rastaurant dan Cafe yang agak Esklusif yang terdapat di bandar Parit Raja ni.levelnya lebih kurang mcm Restoran Nelayan di KLtu.
Sempena Ulang tahun kelahiran saya baru2 ini,itulah kali pertama kali kami mengunjunginya.kami sekeluarga meraikannya bersama disitu..Alhamdulillah menu2nya boleh tahan sedap..yang paling besh barga nya lebih murah berbanding Restoran2 esklusif di KL.
Siap mendapat pujian dari anak2 lagi(kalau anak2 dah start memuji tu mmg la sedap gamaknya).sebab anak2 memang cerewet bila bab2 makan ni.
Irfan:"Maaa sedap la Speghetti ni..sama la mcm yg mama buat slalu tu..nanti kalau kita datang sini lagi efan nak order lagi la macam ni..Boleh kan ma"?
Me: "Ok InsyaAllah..efan suka ker??(saya buat2 bertanya dan meneka hatinya)
Irfan:" Yes of Course..I Likeeee!!!"
Ayah: "Eikk!!!..Bukan ker ondaway ke sini ada orang tu siap menangis-nangis takmo makan kat sini..sekarang siap ajak datang lagi" (sindir si Ayah)
Along: "Tu la lain kali rasa la dulu, tak perlu lah nak nangis2 ..dapat apa pun"(along mula menyakat)
Anis seperti biasa hanya menjadi penonton kami..Anak dara sorang ni mmg tak banyak cakap.
Bertapa kyusuknya anak2 menjamu selera..berbunga di hati mama.Along dan anis dengan Chicken Chopsnya..irfan dengan Fav foodnya Cabonara Creamy Speghetti (since in UK dia mmg gemarkan pasta n speghetti) kalau boleh hari nak mama masak speghetti or pasta utknya.
Saya pula dengan menu kegemaran Blackpeper Lamb with Mushroom sauce.And ayah dengan menu ringkasnya Nasi Goreng special.
Setelah perut penuh terisi..tepat Jam 7pm kami melangkah meninggalkan Bisik-Bisik yang terletak hanya 2 Km dari kediaman kami.
Nota kaki:kalau sesekali turun ke parit Raja Ni..try la singgah di Bisik-Bisik ni..saya pasti anda semua mendapat kepuasan disitu.InsyaAllah















30 November 2009

Korban Aidil Adha & New Toys

Assalamualaikum..

Selamat bertugas semula buat teman2 yg sudah mula bertugas setelah lama berehat sempena Aidil Adha..rasanya belum terlambat saya mengucapkan Salam Aidil adha buat semua muslimin dan muslimat dimana jua anda berada terutamanya buat pengunjung tegar blog saya.
Nampaknya demam daging korban sudah bermula..macam2 penyakit boleh dapat jika terlebih pengambilan daging merah sempena musim perayaan terutamanya hari raya korban ni.

Begitu juga dengan saya..rasanya dah tak lalu nak menjamah daging yg saban hari menjadi santapan sejak menjelangnya aidil adha..(itu belum lagi bahagian yang kami dapat di taman perumahan kami).
Sempena Aidil adha baru2 ini..dua ekor lembu telah dikorbankan di kediaman abah di kampung.

Acara korban bermula selepas solat sunat Aidil adha seekor dan selepas solat jumaat seekor lagi..nak buat sekali harung takut tak sempat nak bersolat jumaat pula.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..kami adik beradik dan saudara mara bermuafakat mengerjakan semuanya dari awal hingga selesai..di samping lebihan2 tulang tu kami buat sup..tambah meroyan la kepala saya..terasa ngantuk semacam jer dipetang hari
Peringatan ye buat teman2 yang ada tekan darah tinggi..dilarang sama sekali memakan organ dalaman haiwan seperti limpa,paru,hati jantung dan perut.ini bertujuan untuk mengelakkan perkara2 yang tidak diingin berlaku..terutamanya tekanan darah tiba2 naik dengan jayanya.


(Edisi Tertangguh)Gambar dibawah ini bukan bertujuan apa2..just nak kongsi kegembiraan sempena ulang tahun saya Yang Ke 37 inilah hadiah dari hubby sempena ulang tahun kelahiran saya Mini Laptop Acer Aspire One..terima kasih Abang..i love u so much.terasa dah tua pulak bila lihat nombor 37 tu..tapi sekurang2nya ianya dapat mematangkan diri kita..biar lah muka nampak muda tapi jiwa kita rasa tua..

Alhamdulillah..banyak kenangan dan pengalaman yg saya lalui sepanjang 37 tahun saya bernafas di bumi allah ini..kenangan yang sangat indah yang menjadi ingatan saya sepanjang hayat saya..Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang hamba Mu ini merasai kenikmatan hidup diBumi Mu di samping insan2 tersayang..


Terima kasih Ya Allah.



25 November 2009

Jangan Biarkan Umur Berlalu Tanpa Amal

Assalamualaikum..wbt..

Article ini adalah untuk perkongsian bersama,sekadar untuk ingat mengingati sesama kita..semoga ianya dapat memberi ilmu yg berguna untuk kita semua..InsyaAllah

Sumber : Matan al-Hikam
Syaikh Ibnu ‘Athaillah Al-Sukandari

Firman Allah Ta’ala:

“Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian Dia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan) dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan).” (Surah Al-Mu’min : 67)

Syaikh Ibnu ‘Athaillah mengatakan:

“Apa yang telah luput daripada umurmu itu tidak akan ada ganti baginya. Dan apa yang telah berjaya bagimu daripada umurmu itu, tidak ternilai harganya.”

Usia manusia bagaikan awan yang berlalu. Sekali melintas maka selama-lamanya dia tidak pernah kembali. Oleh yang demikian, selagi hayat dikandung badan dan selagi kita mempunyai kesempatan, maka gunakanlah umur yang demikian amat berharga itu untuk melakukan dan mengumpulkan amal kebajikan sebanyak-banyaknya.

Sungguh rugi seseorang manusia yang tidak menggunakan usianya dengan baik. Kesempatan itu hanya datang sekali, selepas itu kita akan dihadapkan kepada Allah Ta’ala untuk mempertanggungjawabkan segala sesuatu yang telah lakukan selama hidup di dunia ini.

Perhatikanlah firman Allah Ta’ala, yang berbunyi:

Terjemahan: “Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih dan memberi nasihat dengan kebenaran dan memberi nasihat dengan kesabaran.” (Surah Al-’Asr : 1-3)

Begitu pentingnya masa (usia) itu, hinggakan Allah bersumpah dengannya. Sehubungan dengan hal ini, Imam Syafi’i pernah mengatakan:

“Jika sekiranya Al-Quran itu terdiri daripada satu surah saja, maka surah Al-’Asr sudah cukup untuk menjadi pedoman kehidupan manusia.”

Adapun mutiara yang dapat kita raih adalah sebagai berikut:

  • Iman sebagai landasan hidup

Semenjak kecil, kita sudah diajar dan disuruh untuk menghafal rukun Iman yang enam, yakni percaya kepada Allah, percaya kepada malaikat-Nya, percaya kepada kitab-kitab-Nya, percaya kepada Rasul-Nya, percaya kepada hari kiamat dan percaya kepada qada’ dan qadar daripada Allah.

Bagaimanapun, rukun iman itu tidak memadai kalau hanya dihafal saja. Tetapi hendaklah ia diresapkan ke dalam hati kemudian dibuktikan dengan amal perbuatan.

Renungkan firman Allah Ta’ala:

“Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang akar tunjangnya tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buahnya pada setiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah membuat perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat. Dan perbandingan kalimah yang buruk seperti pohon yang tidak berguna yang terjungkit akar-akarnya dari bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. Allah menetapkan pendirian orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang yang berlaku zalim; dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-Nya.” (Surah Ibrahim : 24-27)

Iman sebagai landasan hidup, adalah bagaikan sebatang pohon yang akarnya menghunjam ke dalam bumi, berdaun rendang (rimbun), berbuah lebat dan batangnya tegak dengan kukuhnya. Pohon seperti ini tidak akan tumbang walaupun dilanda oleh angin kencang. Daunnya yang rendang dijadikan tempat berteduh, batangnya dijadikan tempat bersandar dan buahnya untuk dimakan. Secara keseluruhannya, pohon itu mendatangkan manfaat yang amat besar kepada manusia.

Demikian juga dengan iman. Sebagai seorang yang beriman, hendaknya kita tidak mudah terumbang ambing oleh sebarang keadaan, yang sekaligus mendatangkan keberkatan dan manfaat kepada manusia.

  • Mengerjakan amal salih

Menurut ajaran Islam, amal salih itu amat luas sekali. Bahkan segala sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan apabila dikerjakan (menurut syariat Al-Quran dan Sunnah), baik untuk diri sendiri, ahli keluarga mahupun orang lain, adalah tergolong dalam amal salih.

  • Saling menasihati dengan kebenaran

Di dalam Al-Quran, surah Al-Ra’d ayat 17:

“Ia menurunkan air dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah menurut kadarnya, kemudian banjir itu membawa buih yang mengembang. Dan dari apa yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakasan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia tak berharga, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal perbandingan.”

Allah Ta’ala mengumpamakan kebenaran itu bagaikan air hujan dan kebatilan itu bagaikan buihnya. Maka air hujan itu akan mendatangkan manfaat yang besar bagi manusia, sedangkan buihnya akan lenyap tanpa bekas.

Oleh yang demikian, kebenaran hendaklah selalu ditegakkan, walaupun untuk melakukannya itu diperlukan perjuangan dan pengorbanan yang besar.

  • Saling menasihati dengan kesabaran

Sabar adalah tahan menderita terhadap sesuatu yang tidak disenanginya, serta merasa redha terhadap segala sesuatu yang menimpa. Ikhlas dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada ketentuan Allah setelah berikhtiar dan mengusahakan yang terbaik.

Dari penjelasan surah Al-’Asr di atas, jelaslah bagi kita bahawa orang-orang yang mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya dengan sebaik-baiknya, akan beruntung sebesar-besarnya.

Akhirnya marilah kita renungkan pula sebuah syair para ahli hikmah berikut ini:

“Aku tangisi zaman muda yang telah pergi. Wahai kiranya muda, bilakah akan kembali lagi kepada kami? Sekiranya muda dapat dijual, maka akan ku bayar kepada penjualnya berapapun harga yang dikehendakinya. Tetapi masa muda itu, bila dia telah pergi menjauh, maka dia tidak akan kembali lagi…”


Nota kaki..:-
Alhamdulillah..I'm 37th YO now..May Allah Shower His Bliss,berkat, happiness, wealth and good health to me & my Family..amin.

24 November 2009

Siakap Tiga Rasa


Siakap Tiga Rasa

Bahan2nya
A
1 ekor ikan siakap
(Di Bersihkan Dan digoreng )
1/2 biji Nenas
(dipotong sederhana besar)
1 biji Timun
(Dipotong)
2 biji tomato
(Dibelah empat)
daun ketumbar
5 biji cili api
3 sudu besar cili giling
3 sudu besar sos tomato
garam dan gula secukup rasa

B
(Di Tumbuk)
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara2nya
Tumiskan cili giling bersama bahan B sehingga naik minyak
masukan sedikit air ..masukan sos tomato ,nenas,timun dan tomato biji.
masukan garam dan gula secukupnya..dan masak sehingga kuah pekat dan Masukan daun ketumbar
curahkan kuah keatas ikan tadi..sedia untuk hidangan



Pajeri Nenas & Terung

Pajeri Nenas & Terung

Bahan2nya

1 biji nenas
(potong kecil)
3
biji terung panjang
(potong kecil)
3 cawan santan pekat
1 inci halia
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
(tumbuk)
1 sudu besar udang kering
( tumbuk)
3 biji cili hijau
3 biji cili merah
1 inci cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Cara2nya
Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
Masukkan kerisik dan nenas dan terung
Masukkan santan dan garam serta gula
Masak hingga kuah pekat dan naik minyak

Kerabu Perut & Taugeh


Kerabu Perut & Taugeh

Bahan2nya
A
500gm Perut lembu
(Direbus sehingga lembut dam hiris nipis)
1 mangkuk kecil Taugeh
(Dibersihkan)
2 biji tomato
(di potong kecil)
1 sudu besar sos ikan
2 Biji perahan Jus limau nipis
Garam & Gula secukup Rasa

B
(Di Tumbuk)
5 biji Cili api
2 Biji Cili merah
4 ulas bawang merah
100gm Udang kering
2 sudu besar kerisik

Cara2nya
Campurkan Semua bahan dan gaul rata rasa masam masin dan manisnya

Assalamualaikum;..
Entah kenapa hari ini mood memasak berkobar2..memandangkan bahan2 semua bahan2 ada dalam peti sejuk..jadi tak lah susah untuk turun kepasar lagi..sebenarnya semua tu den main agak2 jer membuatnya..lain orang lain caranya..tapi inilah hasil airtangan den ntuk menu makan malam tadi...habis licin..al maklum anak2 tengah cuti sekolah..kena pula time musim hujan mcm sekarang ni..anak2 sentiasa lapar..den pulak tak menang tangan melayan kerenah anak2..activiti yang tak pernah ada penghujungnya tu..Alhamdulillah Anak2 pun dah besar semuanya dan semuanya boleh diharap..:)

Nota kaki:-Kenapa
lah mood kita ni boleh berubah2..kan bagus kalau maintain selalu..


19 November 2009

Along's Birthday

The Cake

Birthday's Boy

Ayah Mama tumpang posing

Along & Anis

Efan & Mama


Assalamualaikum..WBT
Semalam Rabu 18th November 2009 merupakan Ulang tahun kelahiran putera sulong kami Hariz Naqiuddin@Along yg ke 16.(dah terasa tua pulak den..walaupun selalu org ingat den ni akak2 deorg..mula la nak perasan.hehehehe)..terkilan rasanya den tak dapat buat special birthday cake for his Birthday..kesibukan yang melanda sejak kebelakangan ini..faham2 jer la yer..apapun mama tetap ingat tarikh bersejarah itu..untuk meredakan rasa terkilan tu..mama belikan cake yg besh n sangat sedap(Anis cakap Macam Cake kawen) & kita pi makan2 kat KFC again... walaupun tulisan yg tertera dicake tu menyakitkan mata mama n ayah apa lagi along..Takper ..insyaallah next year mama buat cantik2 utk Along.(Maybe next year punya birthday along tengah exam).

Along- "Ma apesal org tu tulis mcm tu..tak pandai tulis ker hapa..cantik lagi tulisan efan"

Me- (Terkejut jugak den time tu..tak perasan pula tulisannya begitu teruk skali..selamber jer aku cakap)"Maybe org tu baru first time kerja kot..tu pasal dia tak reti nak tulis.."


Mama,Ayah n& Adik2 Doakan Semoga along menjadi Anak yang soleh..menjadi contoh kat adik2..blajar sungguh2 untuk SPM next year..Doa mama ngan Ayah tak pernah putus2 untuk along dan adik2..Mama & Ayah tau along boleh buat).:

16 November 2009

Tanyalah Fatwa dari Hati


Assalamulaikum..
Sekadar Renungan untuk perkongsian bersama..
Hidup ini kita sering dihadapkan dengan berbagai pilihan untuk ditentukan. Semuanya terletak di tangan kita. Kita diberi hak oleh Allah SWT untuk samaada memilih perkara yang baik atau yang buruk. Yang pastinya setiap orang yang sihat akalnya akan memilih perkara yang baik dan membawa kebaikan. Pilihan yang baik akan membawa kepada keuntungan dan pahala manakala pilihan yang buruk pastinya merugikan.

Dalam sebuah hadith telah diceritakan,seorang sahabat datang menemui Rasulullah SAW untuk bertanyakan mengenai kebaikan sesuatu perkara. Sahabat itu iaitu Wabishah bin Ma’bad radhiallahu ‘anhu, telah menceritakan,

Aku mendatangi Rasulullah, lalu baginda bertanya, “Engkau datang untuk bertanya tentang kebaikan?”

Aku menjawab, “Benar.” Maka baginda bersabda, “Tanya fatwa dari hatimu. Kebaikan ialah perkara yang menenangkan jiwa dan hati kepadanya. Sedang dosa ialah perkara yang menggangu jiwa dan menyempitkan dada, kendati manusia telah memberikan fatwa kepadamu dan terus menfatwakannya kepadamu.” (hadith hasan, riwayat Ahmad dan ad-Darimi).

Tapi tentu hati yang diminta fatwa itu ialah hati yang sentiasa memelihara imannya kepada ALLAH SWT, bukan hati yang telah lama berkarat. Kerana taqwa dan ketaatan adalah cahaya yang menerangi jiwa, sedang maksiat dan dosa adalah kegelapan yang menambahkan titik hitam dalam hati pelakunya.

"Sekali-kali tidak! Bahkan apa-apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati mereka."

(surah al-Muthaffifin; 83:14)

Hati juga boleh diibaratkan sebagai cermin. Orang yang beriman akan Allah pancarkan cahaya (nur) dariNya. Hati orang beriman akan memancarkan balik cahaya ini dan mempengaruhi dalam setiap perbuatannya. Hati menjadi cerminan pada sikap seorang manusia. Jika hati seseorang dipenuhi cahaya keimanan, maka ia akan terpantul balik pada tingkahlakunya yang baik dan berakhlak mulia. tetapi jika hati seseorang itu gelap,suram,hitam dan tiada cahaya keimanan pada Allah SWT maka akan terpantullah sikap yang tidak baik dari dirinya.

Jadi untuk itu,bersamalah kita menjaga hati kita agar tidak salah memilih kebaikan dan dikasihi Allah SWT.

Wallahua'alam bissawab.

Aktiviti Hujung Minggu

Along,anis & Efan

Anis in Action

Sempat juga berposing

Ayah in Action
(Pulun Habis Tu)

Anis


Assalamualaikum..WBT
Cuti sekolah sudah bermula bagi sekolah berasrama,bagi sekolah rendah dan menengah biasa seluruh Malaysia akan bermula minggu hadapan..begitulah juga dengan anak2 ku..setiap hari terfikir dibenak..apakah aktiviti untuk anak2 sepanjang musim cuti persekolahan mereka,aktiviti riadah..kelas seni lukis,pengajian al-quran dan tusyien semua itu sudah bermain di kepala.
Alhamdulillah dianak2 juga mahu cuti persekolahan mereka diisi dengan aktiviti yang berfaedah..mereka juga tidak banyak ragam.
Bercerita tentang riadah hujung minggu..saya dan suami memulakan minggu pertama dengan membawa anak2 bermain bowling..rasanya dah lama benar kami sekeluarga tak turun bermain bowling.skill pun dah lari..sakit tangan bila menghayun bola(redha jer la demi anak2).oleh kerana sekarang ni musim hujan..so itu sahajalah pendekatan untuk membuat anak rasa terhibur.atleast masa senggang deorang terisi juga.
DiBatu Pahat terdapat banyak Pusat2 Bowling yg tumbuh bak cendawan musim hujan. Tempat yg biasa kami pergi adalah di Summit BP dan Pacific Bowl si BP Mall.

Nota Kaki:- Badan2 Ku sakit semua

14 November 2009

Nasi Mandhi & Ayam Tandoori

Nasi Mandhi

Bahan2nya

3 cawan beras Herba Poney Tajmahal@basmathi -bersihkan dan toskan
3 sudu besar minyak sapi
4 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar - mayang halus
3 ulas bawang putih -mayang halus
1 inci halia -mayang halus
1/3 cwn kismis
Rempah tumis
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning- guna
Garam secukup rasa.

Cara2nya
Panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar,bawang putih dan halia
masak sehingga kekuningan.
Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker/periuk
Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
Bila nasi kering, buat beberapa lubang dan titiskan perwarna kuning
kacau/gemburkan nasi dah biar hingga nasi masak.

Ayam Tandoori

Bahan2nya
1 Ekor Ayam-dipotong dan dibersihkan
1 cawan yourght
2 inchi halia-di tumbuk
1 peket rempah tandoori maggi
3 sudu besar minyak sapi
1 sudu kecil gula perang
sedikit jus lemon

Cara2nya
Bersihkan ayam dan toskan seketika
Gaulkan ayam bersama bahan2 diatas..perapkan ayam bersama bahan2.
bakar ayam di api 180'c selama 45 minit atau sehingga ayam masak

Nota Kaki:- 1-Untuk menghasilkan ayam yang lembut perap ayam sekurang2nya 1 jam
2- Nasi Mandhi ini juga boleh dihidangkan bersama Dalca dan Acar jelatah

11 November 2009

Nasi Daging


Nasi Daging


Bahan2nya:-
3 cawan beras Herba poney Tajmahal
1 kg. daging batang pinang
(potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut)
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
5 biji tomato dicincang
3 susu besar rempah kurma
(dibancuh dgn sedikit air)
2 sudu besar kismis
5 helai daun pandan .
garam & gula secukup rasa

Bahan2 tumis:-
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buag pelaga
2 labu bawang besar ]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk
1 inci halia ]

Cara2nya :-
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk
2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
4. Masukkan air rebusan daging, tomato yg di blend tadi , susu cair dan daging...biarkan mendidih.
5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
6. Hidangkan bersama acar dan air asam dan lauk2 sampingan


Nota Kaki:-
Beras Herba Poney Taj Mahal tu boleh di gantikan dengan beras lain..sperti Beras basmathi atau long grain rice mengikut selera individu


Chiko


Apa Yg dimenungkan tu sayang???

Buat2 Tido tu

Suke buat muka mengada mcm tu

Assalamualaikum..
Lama juga rasanya tak menulis..yg sebenarnya tiada bahan2 yang menarik untuk ku kongsi disini..
N3i kali ini ttg perihal kucing kesayangan keluarga kami..Namanya Chiko berusia 8 bulan.Kucing ini kami bela dari kecil ..boleh dikatakan kucing terbuang la(den tak sampai ati nak nyebutnya ni).daripada dia merayau2 tak ada tempat bergantung kami sepakat menjaganya dengan baik sehinggalah sekarang.
Chiko seekor kucing yg baik..tapi sedikit penakut..takut nak keluar rumah disebabkan banyak sangat kucing2 liar yang menganggunya..bersifat manja dan ingin selalu di manja..lebih2 lagi dengan ku..pantang aku dan suami dok melepak ..manje gila...lihat jer la aksi2 manja chiko diatas tu.