25 November 2010

25th November 2010


Hari in 25th November 2010 genap Usiaku 38 tahun.

Bismillahirahmanirahim

Ya Allah, Terima Kasih kerana memanjangkan umur dan usia ku ketika ini.
Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan.
Terima kasih untuk setiap dugaan dan cubaan yang Engkau turunkan.
Kerana diriku tahu, Engkau menguji ku kerana Engkau sayangkan hamba mu yang lemah nie.


Ya Allah, terima kasih kerana memberi ku pelung untuk melihat ciptaan-Mu yang luas ini
Terima kasih kerana memberikan badan tubuh yang sihat dan otak yang cergas untuk terus berjuang di ladang-Mu yang luas ini. Ya Allah, kadang-kadang aku lupa, alpha, aku tersilap dan khilaf menafsir setiap kurnian dan dugaan-Mu. Namun begitu besar kasihMu - Engkau tetap melindungi ku. Ampunkan aku Ya Allah kerana selalu merintih nasibku kepadaMu. Ya Allah, terima kasih juga kerana hadirkan Suami yang penyayang dan anak2 penyejuk hati ,ahli keluarga dan rakan-rakan yang baik untuk menjaga ku dan mendoakan kesejahteraan ku.


Dalam usia begini, aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman.
Dalam usia yang makin jauh ini, aku ingin lebih merinduMu Ya Rahim.
Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Allah, pimpinlah tangan hambaMu ini.
Pimpinlah hati hambaMu ini.
Pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak diatas jalan kebenaran.
Ya allah, sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku
Bimbinglah aku. Perliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Amin Ya Robal Alamin

No comments: