25 August 2010

Akhlak Yang Sejati

Assalamualaikum..wbt..

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Tidak aku diutus melainkan untuk menyempurnakan akhlak yang luhur.” Akhlak ialah tingkah laku, budi pekerti, pribadi, gerak-gerik dan cara bergaul. Akhlak juga berarti adab dan tata susila. Akhlak ada beberapa peringkat. Ada akhlak kepada Tuhan. Ada akhlak sesama manusia. Ada akhlak terhadap makhluk Tuhan yang lain. Akhlak kita kepada Tuhan antara lain kita yakin dan beriman kepada-Nya. Kita sabar dan redha di atas segala ketentuan-Nya. Kita menyembah dan bertawakal kepada-Nya dan lain-lain lagi.

Akhlak kita sesama manusia ada berbagai bentuk. Kita taat dan patuh pada guru dan ibu ayah kita. Kita cinta dan kasih kepada mereka. Kita rendahkan diri dan hati kita terhadap mereka. Begitu juga akhlak kita terhadap pemimpin. Sesama kawan, kita berlapang dada, saling bantu-membantu, nasihat-menasihati dan berkasih sayang. Kita hormati orang-orang tua dan kita berbelas kasihan kepada kanak-kanak dan orang-orang yang lebih muda dari kita. Kalau kita memelihara haiwan maka kita perlu menyediakan tempatnya, makan dan minum secukupnya. Tidak boleh kita mendera atau menyakiti haiwan tanpa sebab, kecuali haiwan yang berbahaya, kita diperbolehkan untuk membunuhnya.

Akhlak seseorang itu terbentuk atau terbina disebabkan oleh tiga faktor, yaitu:

– Oleh tabiat semulajadinya. Begitu lahir, orang itu tabiatnya sudah lemah lembut, peramah, pemurah dan sebagainya.

– Oleh suasana, lingkungan, tempat dia dibesarkan dan oleh suku atau kaumnya. Kalau adat kaumnya suka dan pandai menerima tetamu maka dia pun jadi begitu.

– Yang ditunjang dan diteraskan oleh iman dan rasa takut serta cinta kepada Tuhan. Inilah akhlak yang sejati.

Akhlak yang bertunjangkan dan berteraskan iman ini tahan diuji dan tahan digugat. Ia kuat mencengkam pribadi dan jiwa seseorang itu karena akhlak seperti ini diperoleh melalui mujahadah dan perjuangan. Akhlak yang dihasilkan dari mujahadah dan yang bertunjangkan iman ini ada pahalanya. Adapun akhlak yang dihasilkan dari tabiat semula jadi atau dari suasana dan lingkungan adalah lemah dan tidak tahan digugat. Kalau digugat, ia akan terbarai dan musnah. Ia mudah berubah mengikut suasana dan pengaruh luar. Kalau dijemur dia kering, kalau direndam dia basah. Kalau bergaul orang yang malas, dia akan turut malas.

Sering kita lihat orang yang sewaktu remajanya di kampung, lemah lembut, pandai menghormati orang-orang tua dan selalu melaungkan azan di surau dan masjid. Tetapi sesudah dewasa dan bekerja di kota, dia tidak peduli pada orang dan suka menyanyi di disko. Ke masjid sudah tidak pernah lagi. Ada pula orang yang semasa remajanya liar dan tidak dapat dikawal tetapi berubah menjadi baik walaupun lingkungannya penuh dengan godaan dan pancaroba. Inilah bedanya akhlak yang diperoleh tanpa usaha dan yang diperoleh melalui mujahadah, keinsafan dan keimanan. Oleh karena itu, tidak cukup kalau kita lihat umat Islam itu berakhlak. Kita wajib membawa umat Islam itu kuat iman serta takut dan cinta kepada Tuhan. Barulah akhlak yang ada pada mereka itu mencengkam dan terpatri di dalam jiwa dan peribadi mereka. Barulah akhlak itu akhlak yang sejati yang menjadi darah daging dan tidak mudah luntur dan berubah dalam suasana apa pun juga.

Dalam senang mereka berakhlak. Dalam susah pun mereka berakhlak. Tidak ada kuasa mereka berakhlak. Bila ada kuasa pun mereka berakhlak. Bila miskin mereka berakhlak. Sudah kaya-raya pun mereka berakhlak. Di khalayak ramai mereka berakhlak, bila bersendiri pun mereka berakhlak. Di Malaysia mereka berakhlak, bila berada di London atau di Moscow pun mereka berakhlak. Karena berakhlak itu bukan mengikuti keadaan, tempat atau musim. Di mana pun dan dalam keadaan apa pun kita wajib berakhlak. Dengan kekuatan akhlak yang berteraskan iman ini, barulah akan terpancar akhlak Islamiah yang dapat dilihat oleh semua orang. Akhlak itu ibarat bunga. Semua manusia dan bangsa menyukainya. Ia bersifat sejagat. Tidak perlu banyak bicara, akhlak yang murni dan luhur itu adalah satu bentuk dakwah yang sangat berkesan.

Tidak banyak orang kafir memeluk agama Islam karena ilmu Islam itu sendiri atau karena sebab-sebab yang lain. Yang banyak memeluk Islam ialah karena melihat akhlak dan cara hidup umat Islam yang cantik, indah dan murni. Akhlak dan cara hidup umat Islam ialah dakwah yang paling berkesan. Pada zaman awal Islam ramai kaum musyrik dan Yahudi memeluk Islam hanya karena melihat akhlak Rasulullah SAW yang sangat mulia lagi terpuji. Benci dan buruk sangka orang kafir terhadap Islam dan enggannya mereka memeluk agama Islam banyak disebabkan oleh akhlak umat Islam yang buruk, kasar, ganas, kotor, jahat dan menjijikkan. Inilah umat Islam yang secara sadar atau tidak sadar, secara sengaja atau tidak sengaja yang mengkhianati agama Islam.

24 August 2010

Menu Ramadhan

Roti Jala


Nasi Ayam


Bubur Pulut Hitam


Chicken Ball Speghetti

Sambal Bilis Petai

Actually mood menulis mmg agak berkurangan...maklum la busy ngan aktiviti yg kadang2 tak terduga..n3 kali ini just nak share ngan uolls menu berbuka yg berbagai-bagai di sepanjang bulan ramadhan...seingat saya sepanjang ramadhan baru sekali menjejaki kaki ker bazar ramadhan..kerana anak2 lebih teruja bila mamanya yg memasak..katanya lebih Ummphhh gitu..:)

16 August 2010

Cara Melawan Hawa Nafsu


1. Takut kepada azab Allah. Apabila anda ingin melakukan maksiat, ingatlah azab neraka yang sangat panas. Sedangkan api di dunia pun kita tidak sanggup untuk merasainya.Bagaimana pula dengan neraka! Setiap kali hawa nafsu anda mengajak kepada maksiat, ingatlah azab neraka!Nescaya anda akan dapat mengalahkan hawa nafsu anda dengan izin Allah.
2. Mengingati mati. Ketika nafsu anda membara,ingatlah mati.Jika anda mati dalam keadaan melakukan maksiat, adakah anda akan masuk syurga? Ingatlah mati selalu.
3. Memohon hidayah daripada Allah.

4. Setiap kali anda terasa ingin melakukan maksiat, cepat2lah beristighfar.
5. Cari kawan2 yang berpegang kuat dengan Islam dan jangan berkawan dengan golongan syaitan manusia yang akan menambahkan lagi hawa nafsu anda.

6. Cintakan majlis2 ilmu dan kuliah agama di masjid.

7. Sentiasa mendengar tazkirah dan peringatan2.
8. Sabar dalam melawan hawa nafsu.

Al-Imam Ibnul Qayyim menyebut di dalam "Tooriq Al-Hijrotain Wa Baab As-Sa'datain" m/s:292-293 beberapa faktor yang boleh membantu anda merealisasikan perkara tersebut.
1. Mengetahui kesan2 buruk maksiat.

2. Malu kepada Allah.

3. Mengetahui bahawa maksiat menghapuskan nikmat dan mengurangkan keberkatan.

4. Takut kepada Allah dan azab neraka.

5. Cinta Allah.
Akhirnya bertaubatlah dan sabar dalam mujahadah dan melawan hawa nafsu anda.

Ramadhan Kareem

Mee Goreng

Home made Mama's Fried chicken

Buah Melaka


Cucur ikan Bilis

Assalamualaikum.wbt

Alhamdulillah..sudah 5 hari ramadhan membuka tirai,sebelum terlewat saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam..especially pelawat tegar blog saya..semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya...di kesempatan ini juga saya dan keluarga memohon maaf segala salah dan silap samada saya sedari atau pun tidak..dan harapan ramadhan kali ini dapat dilalui dengan penuh makna...Insyaallah
Sejak sebulan yg lepas.. saya begitu sibuk hinggakan tidak punya kesempatan 'mengupdate' blog..sibuk mengurus abah yang sedang sakit..alhamdulillah sebagai anak saya masih diberi peluang merawat dan menjaganya selagi hayatnya...walaupun terpaksa mengorbankan masa bersama suami dan anak2...semoga abah cepat sembuh..amin

Nota kaki:- pics diatas adalah sebahagian menu berbuka puasa kami.

29 June 2010

Hakikat Syukur

Bismillahhirahmannirahim

"Tidaklah mudah untuk menerima sesuatu kurnia dari Allah, dan tidaklah payah pada orang yang selalu bersyukur"

Ketahui olehmu wahai sahabatku, Bermula lafaz 'KURNIA' itu adalah sesuatu yang menunjukkan pemberian atau anugerah yang diberikan oleh pemberi kepada seseorang. Kurnia juga dikaitkan dengan sesuatu yang membawa makna 'nikmat' kerana lazimnya orang yang mendapat pemberian anugerah daripada seseorang akan merasai bahawa itu adalah satu nikmat. Tidak hairanlah kerana kecenderungan untuk mendapat sesuatu nikmat memang dari sifat fitrah makhluk manusia. Biasanya ia akan disusuli dengan ucapan/perbuatan terima kasih atau bersyukur sebagai respon kepada kurnia yang diperolehinya.

Kurnia digunapakaikan mengikut tiga pengertian berdasarkan tingkat kefahaman/keimanan seseorang iaitu;

1. Pengertian mengikut kebanyakan orang

Mereka mentafsirkan Kurnia berdasarkan kepada kebendaan semata-mata. Bila mendapat rezeki harta benda yang banyak, kejayaan dalam usaha, peningkatan dalam status kehidupan seperti pangkat, berupaya memiliki apa yang dihajati mereka akan menyambutnya dengan gembira dan ceria sekali hinggakan ada yang menzohirkan kesyukurannya dengan majlis kenduri, parti dan sebagainya. Sebaliknya bila rezeki kurang, gagal dalam usaha, kehidupan dunia merosot mereka akan menganggap sebagai tiada kurnia dari Allah lagi. Mereka akan rasa sedih, resah dan ada yang menterjemahkannya sebagai satu bala atau musibah.

Golongan ini memahami kurnia mengikut apa yang diburu oleh kebanyakan orang[ahli dunia]. Mereka akan merasa susah dan penat untuk mendapat sesuatu kurnia kerana terikat dengan keinginan nafsu mereka yang sentiasa mendapatkan sesuatu yang lebih. Mereka banyak bergantung kepada syahwat mereka.

Firman Allah telah menegaskan kepadanya :

Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa. (QS Al An’aam : 44)

Mereka membaca sesuatu mengikut apa yang tersurat.

2. Pengertian mengikut sebilangan orang

Mereka akan merasa senang dan bertuah bila dapat merasai manis dalam ibadat. Sebaliknya bila timbul rasa segan dan pahit dalam ibadat mereka, mereka bersedih dan menyesali di atas kesalahan dan taksir mereka.

Golongan ini memahami kurnia dengan menilik kepada apa yang dikurniakan tetapi tidak melihat kepada Yang Mengurniakan. Ini adalah kerana mereka suka pada 'makhluk' [sesuatu selain dari Allah] dengan melupakan Yang Haq. Mereka ini pun akan merasa susah dan perit untuk mendapat sesuatu kurnia dari Allah kerana merasakan banyak pantang larang yang perlu dijaga untuk menjaga ibadat mereka. Mereka masih lagi bergantung dengan amalan mereka(makhluk} sendiri dengan melupakan Allah Yang Maha Pemberi.

Mereka ini pun tergolong dalam golongan orang-orang yang membaca sesuatu mengikut apa yang tersurat.

Katakanlah: “Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” (QS Yunus : 58)

3. Pengertian mengikut beberapa orang.

Golongan ini melihat dan mentafsir sesuatu itu mengikut maksud dan makna yang tersirat. Mereka memandang sesuatu itu dengan pandangan 'Ainul Basyirah' atas jalan "Tafakur" yang seterusnya menterjemahkannya dengan 'Muraqobah'[mengintai-intai perbuatan,sifat,asma Allah] yang hasil daripada gabungan tersebut.

Mereka melihat dan memahami kurnia itu adalah semata-mata dari Allah. Umpama seorang petani yang dhoif yang mendapat satu hadiah daripada seorang Raja yang mulia. Hadiah itu bukanlah menjadi nikmat kepadanya tetapi Ingatan Raja itu kepadaNya. Betapa bererti padanya ingatan raja kepadanya.

Pandangan hatinya jelas melihat dan kadang-kadang menyaksikan betapa Allah sentiasa mengurniakannya Nur Makrifat untuk membolehkan dia sentiasa memandang dan melihat betapa hukum Allah sentiasa diluluskan ke atasnya. Sama pandangannya sama ada puji manusia, kutukan manusia,bala, taat, sakit, gembira, takut dan sebagainya semuanya datang dari Kehendak dan Kuasa Allah melalui Tajali(penzhohiran) sifat KurniaNya yang jelas tertancap pada mata hatinya.

Golongan ini melihat atau menyaksikan kurnia Allah dalam bentuk-bentuk penzhohiranNya yang Mutlak. Tidak lepas sesuatu melainkan Allah meliputi tiap-tiap sesuatu. Mereka melihat Allah dalam tiap-tiap sesuatu dan mereka telah sampai kepada hakikat Syukur kerana hakikat Syukur itu ialah melihat kepada yang memberi bukan kepada apa yang diberi.

Katakanlah: "Allah, kemudian biarkanlah mereka berlarut-larut dalam kesesatan mereka." (QS Al An’aam: 91)
“Wahai Daud. katakanlah kepada orang-orang yang jujur : Hendaklah mereka bergembira dengan-Ku, hendaklah mereka merasakan nikmat dengan mengingatku. (Jami’, Nafahat hlm 336)”

Oleh kerana itu tidaklah payah[malahan mudah] untuk mendapatkan kurnia Allah pada orang-orang yang selalu bersyukur bahkan mereka sentiasa tenggelam dalam lautan kurnia Allah Yang Maha Pemberi.

Tiga macam gambaran tingkatan As-Siddiqin yang dapat kita fahami dari contoh 3 orang lelaki yang datang kepada Raja dan bagi setiap orang dari tiga orang itu, Raja memberikan mereka seekor kuda dan sebilah pedang.

Lelaki pertama: Aku sangat senang mendapatkan kuda ini. Aku dapat naik kuda ke mana saja untuk kepentingan-kepentingan. Dengan kuda serta pedang ini pula aku dapat memerangi musuh. Orang ini senang dengan kudanya dan juga dengan pedangnya, kerana maksudnya-maksudnya dapat tercapai dengannya. Tetapi tidak ada di dalam hatinya rasa cinta kepada yang memberikan kuda itu.

Lelaki kedua: Dengan kuda dan pedang ini dapat aku memanfaatkan untuk berkhidmat kepada Raja. Aku dapat ziarah kepadanya dan aku dapat berjuang untuk menghadapi musuh. Dia bergembira dengan kuda dan pedang itu kerana dengannya dia dapat membantu keperluan, hajat dan cita-cita Raja. Dan tidak tergambar sedikit pun di dalam hatinya kepentingan-kepentingan dirinya.

Lelaki ketiga: Setelah menerima kuda dan pedeng dari Raja, hatinya berkata. Raja cinta kepadaku dan menghormati daku, sehingga dia memberi padaku hadiah-hadiah ini. Ini semua adalah perhatian dari Raja terhadapku supaya hatiku sentiasa mengingatkan dan tidak lupa kepadanya. Inilah kegembiraanku dan kesenanganku yang luar biasa. Tidak ada kegembiraan dan kesenangan bagiku yang dapat menyamai kegembiraan dan kesenangan ini. Maka kegembiraan lelaki ketiga ini menunjukkan bagaimana kecintaannya, penghormatannya dan kekagumannya kepada Raja. Sehingga bila-bila saja dan di mana saja, hatinya sentiasa tidak dapat terpisahkan lagi dari Raja yang dicintai dan kagumi itu.

Sahabatku, dengan itu jelaslah pada anda betapa susahnya untuk menerima satu kurnia yang besar(Nur Makrifat) dari Allah tetapi sekali kita dapat bersyukur(mengikut hakikat bersyukur) mudahlah bagi kita menerima kurniaNya yang seterusnya


----------------------------------------

“Anakku, menurut ahli kebenaran, syukur merupakan kesadaran akan nikmat dengan jalan tunduk berserah diri. Allah memberi nama pada dirinya dengan Syukur yang berarti bahwa Allah membalas mereka yang bersyukur kepada-Nya.

Adapun hakekat syukur menurut Imam Al Qusyairi adalah : “pujian bagi yang berbuat baik dengan menyebut kebaikannya.”

Maka Allah swt adalah Maha Syukur berarti pujian-Nya atas hamba-Nya yang tidak terhitung. Melimpahkan syukur itu adalah sifat-Nya dan Dia-lah pemberi pahala yang tidak terhitung, sekalipun ketaatan hamba-Nya tidak seberapa memadai.

Para arif mengomentari : “Hanya sedikit di antara hamba-hamba-Ku yang bersyukur” (QS Saba’ [34] : 13) yang berarti “sedikit sekali orang yang dapat menyaksikan bahwa nikmat itu datang dari Allah; hakikat syukur itu adalah keghaiban dari menyaksikan nikmat karena penyaksian kepada Sang Maha Pemberi Nikmat.

Anakku, manusia biasanya baru bersyukur ketika ia menerima atau berhadapan denngan kenikmatan yang dirasa istimewa. Tetapi ia melupakan kenikmatan-kenikmatan yang biasa ia terima sehari-hari.Ketahuilah bahwa manusia di dalam menghadapi datangnya kenikmatan terbagi menjadi tiga golongan

Golongan pertama adalah orang yang bergembira dengan nikmat-nikmat itu. Apa yang mereka perhatikan hanyalah kenikmatan-kenikmatan tersebut, dengan tidak mengindahkan pada Sang Pemberi / sumber Kenikmatan (Allah). Mereka kuat dalam ranah indrawi, tetapi padam penglihatan batinnya. mereka melihat bahwa seluruh nikmat yang ada padanya berasal dari hasil usahanya sendiri atau dari orang lain, dan sama sekali tidak memandang bahwa nikmat yang ada padanya berasal dari Allah. Jika keyakinannya seperti demikian, maka ia telah menyekutukan Allah secara terang-terangan. Orang yang demikian termasuk orang yang lalai. Firman Allah telah menegaskan kepadanya :

Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa. (QS Al An’aam : 44)

Golongan kedua adalah orang yang bergembira dengan kenikmatan karena ia melihat kenikmatan-kenikmatan tersebut telah diberikan kepada mereka oleh Allah yang memiliki posisi istimewa. Allah telah memberikan kenikmatan kepada mereka sebagai rahmat dari-Nya. Orang-orang ini telah berhasil meniadakan mahluk, dan mampu menyaksikan sebab dari segala sebab musabab dengan melampaui sebab-akibat. Ia adalah seorang hamba yang bertatap muka dengan hakikat. Allah menyebut orang ini sebagai :

Katakanlah: “Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” (QS Yunus : 58)

Golongan ke tiga adalah orang yang bergembira dengan Allah. Bukan karena kesenangan lahiriah dari kenikmatan itu dan bukan pula karena karunia-karunia batiniah yang measyikkan dirinya, melainkan karena penglihatannya kepada Allah, konsentrasinya kepada-Nya, dan berpalingnya ia dari segala yang selain-Nya, sehingga ia hanya menyaksikan diri-Nya. Orang ini tidak lagi bergembira dengan pemberian, dan tidak lagi gembira karena diberi kenikmatan oleh dzat yang agung, melainkan, ia bergembira karena ia telah bercengkrama dengan Sang Pemberi kenikmatan. Allah menyebutnya dengan firmannya :

“Wahai Daud. katakanlah kepada orang-orang yang jujur : Hendaklah mereka bergembira dengan-Ku, hendaklah mereka merasakan nikmat dengan mengingatku. (Jami’, Nafahat hlm 336)”

Anakku, ketika engkau bersyukur, maka kebaikanmu sebagai hamba adalah kepatuhanmu kepada Allah, sedangkan kebaikan Allah kepadamu adalah memberikan rahmat kepadamu, dengan menjadikannya mampu bersyukur kepada-Nya. Bersyukur atas kemampuan-untuk-bersyukur adalah lebih lengkap daripada bersyukur saja. Inilah nikmat besar. Bukankah banyak orang yang berlimpah kenikmatan tetapi tidak mampu bersyukur ? Mungkin satu hari nanti engkau akan sampai di satu tahap, di mana engkau bersyukur atas kesyukuranmu, dan kemudian engkau bersyukur terhadap kesyukuran atas kesyukuranmu sampai tak terhingga.

Sebagaimana doa Nabi Daud as. “Ilahi, bagaimana aku dapat bersyukur kepada-Mu, sedangkan rasa syukurku itu sendiri adalah nikmat dari-Mu ?” Maka Allah menjawab doanya, “Sekarang, engkau benar-benar telah bersyukur kepada-Ku !”

Anakku, engkau akan lebih bersyukur, jika engkau tidak memandang bahwa dirimu layak mendapatkan nikmat tersebut. Syukur adalah menyibukkan diri dalam memuji-Nya, karena Dia telah memberimu apa yang engkau tidak pantas menerimanya. Coba kita telisik, seberapa besar kebaikanmu kepada Allah sehingga engkau berhak mendapatkan nikmat tersebut ? Memadaikah ? Sebandingkah ? Apakah dengan merogoh receh barang sekeping untuk bersedekah, maka engkau berhak menerima semua kenikmatan yang pernah kau dapatkan dari Allah ? Ah… Abi kira nikmat Allah yang tak terhitung, tak akan sanggup kau beli (sebanding) dengan seluruh ibadahmu.

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS An-Nahl:18.)

Seperti pada munajat Al Hasan bin Ali kepada Allah sambil bertelakan pada sebuah tiang (saking beratnya munajat ini) : “Tuhanku, Engkau telah memberi nikmat aku, namun tidak Engkau dapati aku bersyukur. Engkau telah mengujiku, namun tidak Engkau dapati aku bersabar. Namun Engkau tidak mencabut nikmat karena aku tidak bersyukur, dan tidak melanggengkan bencanamu padaku ketika kutinggalkan kesabaran. Tuhanku, tidak ada yang datang dari Yang Maha Pemurah, kecuali kemurahan.”

Nah anakku, benarlah apa yang dikatakan Asy-Syibli bahwa : “Syukur adalah kesadaran akan Sang Pemberi Nikmat, bukan memandang nikmat itu sendiri.”

Nah anakku, Orang yang bersyukur adalah orang yang beryukur atas apa yang ada (diberi), sedangkan orang yang sangat bersyukur adalah orang yang bersyukur atas apa yang tidak ada (tidak diberi). Pujian hanya bagi Allah terhadap apa yang diberikannya, dan syukur atas apa yang diperbuat oleh-Nya.

Anakku, jadilah engkau abdan syakuro (hamba yang pandai bersyukur) karena “Jika engkau bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat-Ku) padamu” (QS Ibrahim : 7)

Ingat baik-baik kalimat ini anakku, “Siapa tidak mensyukuri nikmat berarti menginginkan hilangnya, dan siapa mensyukurinya berarti telah secara kuat mengikatnya.” Dan bagi mereka yang sungguh mengenal bahwa Allah adalah al-Syakur, hendaknya bersungguh-sungguh dalam bersyukur kepada-Nya; tidak pernah berhenti sesaatpun untuk memuji-Nya.

Anakku mengangguk pelan, kantuk telah mulai menyerangnya.

“Tapi abi, aku belum mengerti apa yang dimaksud dengan “Seorang hamba yang telah berhasil melewati sebab-akibat” ?

Belum sempat kujawab, anakku sudah tertidur lelap dalam damai. Ah, biarlah, Allah menidurkannya, mungkin saat ini bukanlah waktu yang tepat baginya untuk menerima ilmu itu. Mungkin lain waktu, mungkin sesi lain, mungkin pada tulisan lain.

Ah anakku, semoga sebelum engkau tidur, ia sempat bersyukur atas nikmat yang kau terima hari

Berkata penyair;
Betapakah gambaran bersyukur kepadaNya
sedangkan syukur itu satu nikmat
meskipun zaman berturut dan umur bersambung

Berkata penyair lain;
Bagimu Tuhan kami segala puji atas setiap nikmat
Sebahagian nikmat-nikmat itu, kataku puja dan puji untukMu
Tidak ada puji selain Engkau kurniai nikmat
Maha Suci Engkau, tidaklah kuat hamba atas memujinya

Rasulullah s.a.w pernah berdoa sebagai suatu pengakuan dari baginda akan tidak upayaannya hendak menunaikan sepenuh kesyukuran kepada Allah Ta'ala:
"Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dengan kemaafanMu daripada siksaanMu, dan aku berlindung denganMu daripada tidak mampu memujiMu seperti Engkau memuji diriMu sendiri."

03 June 2010

Gulai Ayam Cili Padi & Mangga


Bahan-bahannya

1 ekor ayam, dipotong ikut suka
1 liter santan
1 mangkuk kecil hirisan mangga
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat empat
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak secukupnya

Bahan untuk dikisar

10 batang cili padi merah
10 batang cili padi hijau
3 biji bawang besar
1 ulas bawang putih (besar kalau kecil letak 2 ulas)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Cara-caranya

Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan digoreng sehingga ia ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai, bahan yang telah dikisar dan daun kunyit. Tumis sehingga ia naik bau dan keluar minyak.
Masukkan garam dan serbuk perasa bersama ayam yang telah digoreng tadi. Gaul kesemuanya sehingga sebati.
Masukkan santan dan api dikecilkan sedikit dan gaul rata. Biarkan sehingga kuahnya meresap kedalam ayam dan mendidih. Selalu dikacau jadi tidak pecah minyak kuahnya. Bila dah mendidih dan ayam telah pun masak dan kuahnya meresap, masukkan hirisan mangga dan matikan api dan tutup periuk. Setelah 5 minit hirisan mangga pun dah layu sedikit, angkat dan hidangkan.

Donat


1000 g tepung gandum
11 g (sebungkus) Yis Segera Mauripan
340 g (1 ½ cawan) air
60 g (2/3 cawan) teung susu penuh krim
100 g (2 biji) telur
180 g (1 cawan) marjerin
60 g (6 camca besar) gula pasir halus
10 g (1 camca besar) garam
14 g (1 camca besar) serbuk penaik
Cara:
Gaul tepung dan yis segera Mauripan dan larutkan gula di dalam air. Gaul semua ramuan di dalam mangkuk adunan. Uli adunan tersebut sehingga licin. Buatkan bentuk bulat dan biarkan selama 30 minit atau sehingga dua kali ganda saiz asal. Gunakan torak dan canaikan adunan menjadi setebal 1.5cm. Potong dengan pemotong donat dan letakkan kepingan adunan tadi di dalam sebuah dulang yang ditaburkan sedikit tepung. Biarkan kepingan adunan tadi berada di tempat panas selama kira-kira 30-40 minit. Goreng kepingan adunan tadi di dalam miyak pada suhu 170C-180C (350F-370F) sehinggalah donat itu berwarna kuning keemasan. Seliputi donat segera dengan gula aising sebelum dihidangkan.

14 April 2010

My Cousin Wedding

Ida & Wan

pengantin Bersama Ibubapa pengantin perempuan

Mdm Rose & Cik Ida Bersama pengantin

salam..lama rasanya tak menulis..n3 kali ni pun dah lama tertangguh hampir 2 minggu..Ape pun Selamat Pengantin Baru buat ida n wan..semoga berbahagia hingga akhir hayat..:)

02 March 2010

Hari Ini



Assalamulaikum..
Hari indah..cuaca amat bagus hari ini tak la panas sangat mcm hari2 sebelum..sedikit gerimis tengahari tadi,tapi yg menjadi hal gangguan bekalan air yang sering terjadi sejak kebelakangan ni...nak mencuci baju pun kena tunggu matahari tegak di kepala..Air oh air..apesal la buat hal selalu,bukan alasan malas masak..tapi keadaan air yg menjadikan lemah longlai dan segala aktiviti jadi terbantut..semuanya air yg menjadi punca.(ape daa aku merepek petang2ni).
Akceli nak share pic bujang i yg tomei sorang ni..harini start ujian pemarkahan awal tahun..gud luck sayang..mama n ayah akan selalu mendoakan efan..
setiap pagi breakfastnya 2 biji telur 1/2masak,secawan milo dan 10 biji kismis...selera sama mcam ayahnya.senang jer mama nak prepare semuanya.

25 February 2010

Mee Kari


BAHAN KUAH
1/2 ekor ayam
1 mangkuk kecil isi kerang
250 ml pati santan
1500 ml air
1 biji tomato, dibelah 4
1-2 camca besar cili kisar
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
5 biji buah keras*(*dikisar halus)
3 camca besar rempah kari daging
2 batang Serai

BAHAN TUMIS
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

BAHAN MEE KARI

1 kg mee kuning,
Taugeh
Sawi
Hirisan daun sup/daun bawang
Tauhu, digoreng dan hiris
2 keping fish cake, goreng sekejap dan hiris
Bawang goreng
Hirisan cili hijau/cili merah
limau kasturi *jika suka

CARA2NYA
  1. UNTUK KUAH :- Satukan rempah kari, cili kisar dan bahan kisar halus, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk masukkan serai, masukkan bahan2 tumis dan masak hingga naik bau, masukkan bahan2 rempah tadi dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api perlahan. Masukkan ayam, kacau rata. Tuang air dan biarkan mendidih, perlahankan api dan masak hingga ayam lembut.masukan tomato dan kerang. Biar mendidih.Tuang pati santan dan masukkan asam gelugor. Tambah garam dan gula secukup rasa.. Masak sekejap,masukaan garam dan gula secukup rasa
  2. PENYEDIAAN MEE KARI :- Ambil mee secukupnya dan letak dalam mangkuk sesuai, tuang kuah dan letak bahan lain. Perah limau kasturi sebelum dimakan.....


21 February 2010

Kuih Bakar




Bahan2nya
3 1/2 cawan santan
5-6 biji telur
2 cawan gula
1/2 cawan air pandan - dr 10 helai daun pandan
2 cawan tepung gandum
bijan -goreng tanpa minyak
sedikit pewarna kuning/hijau

Cara2nya
  1. Gaulkan gula dengan telur sehingga gula hancur.
  2. Dan masukkan semua bahan lain di atas kecuali bijan dan kacau sebati.
  3. Tapiskan ke dalam acuan.
  4. Bakar selama lebih kurang 45 minit - 1 jam pada 180c.
  5. Taburkan bijan bila setengah waktu membakar.

Nota kaki
Bakar kuih pada api di bawah dulu pada setgh masa terdahulu dan selebihnya bakar api diatas pulak.



19 February 2010

Keduniaan Yang merugikan Akhirat


Bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana melahirkan kita ke alam dunia yang fana ini. Kita dihidupkan dan insyallah akan dimatikan dengan izinNya. Kita dipinjamkan jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang diizinkan yang kita sendiri tidak mengetahui kecuali diriNya. Hidup kita mengikut apa yang disabdakan oleh Baginda Rasul sebagai seorang pengembara yang sedang dalam perjalanan ke suatu destinasi yang jauh dan memerlukan banyak bekalan. Tentunya dalam perjalanan itu banyak halangan dan gangguan yang boleh menjejaskan matlamat untuk ke destinasi. Pengembara yang bijak tidak akan terpengaruh dengan keseronokan dan kebahagiaan sementara yang ditempuh dalam perjalanan kerana dia tahu bahawa dia sebenarnya adalah warga satu alam lagi. Manakala pengembara yang lupa daratan akan menikmati sepuas-puasnya apa sahaja yang ditempuh; seolah-olah iniah dunianya sehingga terlupa matlamat asal untuk menuju ke dunianya yang sebenar. Mereka terpedaya dengan kemanisan dunia dan menyangkakan apa yang dipungut itulah BEKALAN.

Sebagai seorang pengembara, kita seharusnya bijak melayarkan bahtera ke arah yang betul mengikut kompas yang dipiawaikan oleh Rasul. Untuk sampai ke destinasi AKHIRAT, pungutlah bekalan sebanyak mungkin. Anggaplah segala keseronokan duniawi sebagai BEBAN yang boleh menjejaskan perjalanan ke sana. Ingatlah pesanan orang tua : Kita sebenarnya adalah WARGA AKHIRAT - tempat yang kekal abadi; sementara dunia ini ialah rumah tumpangan sementara yang penuh kepalsuan dan tipu-daya. Oleh itu kita mestilah bijak memilih mana satu BEKALAN dan mana satu BEBAN. Barangan yang dikategori sebagai BEBAN akan menyusahkan perjalanan ke akhirat manakala barangan BEKALAN akan berfaedah untuk kehidupan di sana. Kutiplah bekalan sebanyak mungkin dan hindarkan memikul beban yang menyulitkan perjalanan.

Ingatlah: "Dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam. Hasilnya kita akan kecapi di Akhirat nanti."

"Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati keesokannya." - Hadith

Ramai mentafsirkan Hadith ini dari segi keduniaan iaitu kerja bersungguh-sungguh kerana kita akan hidup lama di dunia. Tetapi makna yang tersirat ialah kita hidup lama lagi di dunia jadi kenapa nak bekerja beria-ia mencari pendapatan lebih sedangkan masa banyak lagi. Tetapi dalam hal akhirat, kita akan mati esok - jadi terpaksalah buat persiapan dengan lengkap dan berhati-hati kerana kita akan mati esok. Tafsiran begini jarang diterangkan oleh umum terutama pemburu harta di dunia.

Islam tidak menghalang umatnya mencari harta-benda dan kekayaan; asalkan ia tidak menghalang dari melakukan pengabdian kepada Allah. Malahan orang Islam yang kaya adalah amat diperlukan kerana ia adalah sumber ekonomi negara dan sebagai juruwang bagi saudaranya yang miskin dan memerlukan bantuan. Orang kaya adalah pembantu orang msikin, orang kuat adalah pelindung golongan yang lemah, orang alim sebagai sumber cahaya dan ilmu kepada orang jahil. Begitulah golongan ini saling bantu-membantu antara satu dengan lain. Apa yang Islam larang ialah meletakkan keduniaan sebagai sasaran utama dalam hidup melebihi hal-hal keakhiratan dan pengabdian kepada Allah. Sekiranya keduniaan diberikan keutamaan dalam hidup bererti konsep syahadahnya terjejas. Intipati syahadah ialah mengaku dengan sebenar-benar pengakuan bahawa Tiada lain yang lebih besar selain Allah dan pengakuan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Ini bererti tumpuan pengabdian hakiki ialah Allah dan BUKANNYA harta-benda dunia. Jika kekayaan dunia dijadikan asas hidup berertilah kita telah membesarkan dunia daripada Allah sendiri; atau dalam kata-kata lain kita bertuhankan harta bukannya Allah. Di sinilah terpesongnya aqidah orang-orang kebendaan.

Sangat beruntunglah mereka yang mempunyai harta kekayaan yang menjadikannya sebagai modal untuk akhirat. Wang ringgit dipertaruhkan sebagai saham akhirat dengan bersedekah, mendirikan masjid, membantu fakir miskin dan anak yatim, menyelesaikan masalah dan keperluan jiran dan masyarakat sekeliling. Mereka inilah yang berjaya menukar harta menjadikan sebagai pahala atau membeli akhirat dengan dunia. Sebaliknya amat rugi mereka yang mempunyai wang ringgit dan harta kekayaan tetapi membelanjakan untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah untuk akhiratnya; atau lebih dahsyat jika digunakan untuk kerja-kerja maksiat dan hiburan semata. Di akhirat akan ditanya Allah ke mana wang ringgit kita dibelanjakan dengan begitu halus dan tereperinci.

Dalam Al-Quran banyak sekali ayat yang menjelaskan bahawa kehidupan akhirat adalah lebih penting dan lebih kekal. Oleh itu sayugia bagi kita melebihkan kehidupan akhirat daripada dunia. Kehidupan di dunia hanya dalam tempoh terhad; jarang-jarang melebihi 90 tahun; tetapi akhirat tiada batasan waktu. Sudahlah begitu diriwayatkan satu hari di akhirat menyamai 1000 tahun di dunia. Jadi berapalah nilai umur dunia dibandingkah akhirat? Orang yang bijak tentunya berpandangan jauh iaitu untuk kehidupan akhirat. Ada di antara orang-orang alim dan para wali sangat mengambil berat tentang pengisian waktu dengan ibadat. Mereka tidak rela membuang masa begitu sahaja. Setiap saat bagi mereka adalah berharga dan mesti diisi dengan sesuatu ibadat supaya tidak terbuang begitu saja. Bagi mereka, setiap nafas yang turun naik akan dipersoalkan. Pada sebelah malam, mereka menggunakan masa untuk beribadat. Masa tidur mereka amat sedikit.

Sebaliknya mereka yang asyik mengumpul harta dunia untuk dunia adalah berfikiran sempit kerana tidak menjangkau alam abadi di akhirat. Ahli dunia saban masa memikirkan bagaimana nak mengumpul harta benda hingga menjadi kaya. Walaupun sudah kaya, mereka masih berusaha lagi supaya menjadi bertambah kaya; tanpa sedikit pun memikirkan bagaimana harta yang ada pada mereka hendak diinfaqkan di jalan Allah supaya hasilnya dapat dituai di akhirat kelak. Orang kaya begini pada hakikatnya adalah miskin kerana masih banyak memerlukan sesuatu.

Semasa perjalanan Israk Mikraj, Allah menunjukkan satu golongan yang menanam gandum dan kemudian menuainya. Baru lepas ditanam, terus berbuah dan dituai; begitulah seterusnya. Inilah ibarat orang yang membuat kebajikan sentiasa tak putus-putus menerima ganjaran pahala yang banyak di sisi Allah. Balasan pahala ini akan dinikmati kebahagiaannya di akhirat kelak.

Dinukilkan dalam sebuah kitab, seorang raja dihadiahkan orang sebuah piala minuman bertatahkan permata fairuz. Piala itu sangat cantik dan amat berharga. Raja sangat gembira menerima hadiah itu. Apabila seorang hukama datang berjumpa dengannya, raja itu bertanya kepadanya mengenai piala tersebut. Hukama itu berkata, "Aku tidak lihat apa-apa dari piala itu kecuali bala dan fakir." Raja tercengang dan berkata, "Mengapa kamu berkata begitu?" Hukama itu menerangkan, "Kalau piala itu pecah, sudah tentu ia tidak boleh dibaiki lagi dan hati menjadi susah atas bala yang menimpa. Kalau ia dicuri orang, tuanku akan bersedih atas kehilangan itu dan berasa seperti fakir. Bahkan sebelum tuanku dapat piala ini, tuanku tidak ada rasa apa-apa bahkan senang dengan keadaan begini, tetapi selepas ada piala ini, jika berlaku kehilangan tentu tuanku berasa amat sedih." Selang beberapa bulan, piala yang disayangi raja itu pecah berkecai. Raja itu menjadi sangat sedih dan hampa atas kehilangan piala itu. Dia kembali berjumpa hukama itu dan mengaku atas kebenaran kata-katanya. Kisah ini jelas membuktikan bahawa harta dunia yang kita sayangi tidak memberi apa-apa makna di dunia kecuali kesusahan dan kemiskinan. Bahkan dirasakan amat berat untuk meninggalkan harta itu semasa roh hendak kembali berjumpa Allah.

Sebagai kesimpulannya, kita hendaklah mempunyai pendirian berkaitan dengan penumpukan harta kekayaan. Yang lebih penting bagi kita ialah adakah kita akan diterima oleh Allah di akhirat kelak sebagai hambaNya yang soleh. Begitu juga adakah Nabi Muhammad saw akan mengaku atau mengiktiraf kita sebagai umatnya. Jika Allah tak mengaku hambaNya dan Nabi Muhammad saw tak mengaku kita sebagai umatnya, ke mana lagi kita nak pergi ketika itu? Ke mana tempat kita nak mengadu nasib? Di dunia bolehlah meminta bantuan dari kaum kerabat dan sebagainya tetapi di akhirat siapa lagi selain Allah dan rasulnya.. Akhirnya sama-sama kita meminta taufiq dan hidayat semoga kita berada di landasan sebenar sebelum kita dipanggil oleh Allah. Kita pohonkan keselamatan dan taubat di atas dosa-dosa kita dan mudahan kita kembali menemuiNya dalam keadaan Allah meredhai kita, insyaallah..