15 October 2009

Dadih Oh Dadih

Serbuk Dadih jenama "Happy Grass"

Masih Panas Ni

Dadih Perasa Mango yg telah siap

Hampir2 beku

Dadih perasa Yam Yg telah siap

Anis sebelum ke Sekolah
Salam Semua..
Tajuk kat atas tu mcm sesi mempromote la pulak..Tidak Sama sekali...bukan juga untuk mempamir kehebatan membuat dadih yg pada hakikatnya teramat la senang membuatnya...ikut saja method yg tersedia ada tu.Actually inilah kali kedua saya membuat dadih ni.
Proses membuatnya amat mudah..First time membuatnya waktu kami mengadakan Rumah Terbuka pada Aidilfitri baru2 ini..memula tu rasa takut jugak ..takut2 apa yg dibuat tak menjadi..Tapi alhamdulillah percubaan pertama itu berhasil dengan jayanya..
Gambar2 diatas tu adalah sebahagian Kecil Dadih yang saya buat kali kedua..saya buat khas untuk Anak dara kesayangan saya sempena Meraikan sambutan Aidilfitri di sekolahnya hari ini .Untuk mengembirakan hatinya saya ikut jer la apa kemahuannya..yg penting dia Happy.
Plan Awalnya cuma nak bawa Biskut raya or Kek saja..so saya takder la beria nak prepare macam2..sbb disebelah rumah kami ada bakery..so tak perlu la keluar jauh2 sekadar nak beli sebalang biskut atau Kek.

Yesterday..sampai jer rumah selepas habis sesi persekolahan anak dara ku datang kepadaku yg sedang menyiapkan hidangan makan malam kami.

Anis:"Maa!!! Sayang Mama"..
(terkejut jugak aku..ape ke hal budak ni..mesti ada yg dia mau tu..kata ku dalam hati).

Aku:"Whats Up"???
(Sambil Kehairanan la ni..buat muke terkejutz)

Anis:
"Boleh tak mama buatkan Dadih Untuk Anis??Esok Nak bawa pi skolah, Tak jadi la nak
bawa biskut raya..cikgu suruh anis bawa Dadih sbb anis bgtau cikgu mama pandai buat
dadih dan sedap sehingga menjilat sudu...boleh la Maaa Plss..Anis Sayang Mama".

( Pandainya Anak daraku Membodek..Memang World la)

Aku:
"Ok2 lah..Take off Your school Uniform first..Pastu Turun makan"..

Anis:
"Ok siap Boss"
(sambil terkedek2 naik tangga)

Selepas Makan malam Anak daraku Mendapatkan Ayahnya Pula..

Anis:
"Ayah!! pi la Wellward(tempat kami slalu shopping).pi beli barang2 nak buat Dadih.
esok Anis Nak bawa Pi sekolah...Ayah pi ngan mama nnti Anis Kat rumah Cuci Pinggan dan kemas kitchen"

HubbyKu
: "OK"
(sambil senyum Melerek)

Anis: "Tq Ayah..Ayahkan hensem..Ayah world..Ayah baik..bla..bla..bla"
(bodek ko Memang World Anis)

So..pergilah aku bershopping ngan Hubbyku..Nasib baikla anak dara sorang jer..kalau 10 mcm ni mau pengsan aku dibuatnya.

Moralnya:- Selalulah membodek untuk mendapatkan apa yg dihajati..

Note:-2 Bungkus Serbuk Dadih tu boleh dapat lebih 100 bekas kecil tu..banyak untung ni kalau buat meniaga.

No comments: