16 January 2009

14 Jam Di Kampung Ku

Anak2ku sibuk memancing Keli

Itik

Kolam Ikan Keli Ayahku

Itik Mandi Kolam

Sebahagian dari Lembu Peliharan Ayahku


Bunga kertas

Daisy

Bunga kertas





Bunga Keembong


Cantiknya Bunga2 Ibuku


Pokok Cili

Pokok Kesum

Pokok Kunyit

Kelapa Muda

Terung

Assalamualaikum..WBT

Selepas Selesai solat maghrib14 Jaunari 09 kami seluarga berangkat pulang ke kampung dan hanya 14 jam kami sempat berada di kampungku..rasanya first time saya dan keluarga balik ke kampung dalam jangkamasa yang pendek..My hubby ada tugas penting di UTHM Parit Raja...so saya dah anak2 tak melepaskan peluang mengikut bersama2 pulang ke kampung..sementara che abang sibuk dengan Tugas2 Resminya di UTHM..saya sempat menjelajah persekitaran rumah ibunda saya..gambar2 dia atas adalah sebahagian daripada gambar2 yang saya ambil..

P/S..Anak EL sehari

14 January 2009

Boycott


Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine. For this reason, it is an obligation not to help them (the enemies of Islam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression



By:Sheikh Yusuf Al-Qaradawi:

It is Jihad to liberate the Islamic lands from those who attack or conquer them. These are enemies of Islam. This Jihad is an absolute obligation and a sacred duty; firstly on the people of that land. If the Muslims of that land can't offer sufficientresistance, then Muslims of neighboring countries are obliged to assist. If this is still not sufficient then all the Muslims of the world must assist.

Palestine is the land of the first Qiblah of the Muslims, the land of Isra' and Mi`raj, the land of Al-Aqsa and the blessed territory. The conquerors are those with the greatest enmity to the believers, and they are supported by the strongest state on earth - the USA, and by the world Jewish community.

Jihad is obligatory against those who take land and expel the inhabitants, spill the blood, violate the honor, destroy the houses, burn the fields, and corrupt the land. Jihad is the first obligation of all obligations, and the first duty of the Ummah. Muslims are commanded to do this, first those from the land in question, after that their neighbors, and finally all Muslims. We must all be united against the aggressors. We are united in Islam, including unity of belief in the Shari`ah, unity of belief in the Qiblah, and also united in pain and hope. As Allah Almighty says: "Verily this Ummah of yours is one Ummah." (Qur'an, 21:92). Allah Almighty also says: "Surely the believers are a single brotherhood." (Qur'an, 49:10). There is a Hadith of the Prophet, peace and blessings be upon him, that states: "The Muslim is the brother to the Muslim, he can't oppress him, he can't give him up, he can't let him down." [Transmitted by Muslim].

Now we see our brothers and children in Al-Aqsa and the blessed land of Palestine generously sacrificing their blood, giving their souls willingly in the way of Allah. All Muslims must help them with whatever power they have. (See the Noble Qur'an, 8:72).

If people ask in the name of religion we must help them. The vehicle of this support is a complete boycott of the enemies' goods. Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine. For this reason, it is an obligation not to help them (the enemies of Islam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression. Buying goods from them will strengthen them; our duty is to make them as weak as we can. Our obligation is to strengthen our resisting brothers in the Sacred Land as much as we can. If we cannot strengthen the brothers, we have a duty to make the enemy weak. If their weakness cannot be achieved except by boycott, we must boycott them.

American goods, exactly like "Israeli" goods, are forbidden. It is also forbidden to advertise these goods. America today is a second Israel. It totally supports the Zionist entity. The usurper could not do this without the support of America. "Israel's" unjustified destruction and vandalism of everything has been using American money, American weapons, and the American veto. America has done this for decades without suffering the consequences of any punishment or protests about their oppressive and prejudiced position from the Islamic world.

The time has come for the Islamic Ummah to say "NO" to America, "NO" to its companies, and "NO" to its goods, which swamp our markets. We are eating, drinking, wearing and riding whatever America produces.http://www.inminds.co.uk/boycott-fatwas.html

13 January 2009

Menu Kampung

Ayam Masak Kicap

Bahan2nya

1/2 Ekor Ayam(Di Goreng)
2 batang serai(Di Titik)
1 inci Halia
1 labu Bawang Besar
3 Ulas bawang putih*
2 Biji Cili Hijau*
2 biji Cili Merah*
5 Sudu Besar kicap lemak manis
1 Sudu Besar sos tiram
Minyak untuk menumis
*Dihiris

Cara2nya
Tumis bahan2 hiris sehingga kekuningan.
tambahkan sedikit air,kicap lemak manis dan sos tiram.
kacau diatas api sedarhana..masukan ayam yg telah digoreng tadi.
biarkan seketika sehingga bahan mesra dengan ayam.

Pucuk Ubi Masak Lemak

Bahan2nya
Pucuk Ubi
Tempe
250 gm Santan
3 Biji Bawang Kecil*
3 Ulas Bawang Putih*
segenggam ikan Bilis*
3 Tangkai cili Padi*
1 Batang Serai(dititik)
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
*ditumbuk

Cara2nya
Bersihkan dan celur pucuk ubi hingga lembut.toskan .
Campurkan semua bahan dalam satu periuk sehingga masak


Sambal Belacan Jawa

Bahan2nya

2 Tangkai cili merah
3 tangkai cili Padi
1 inci belacan Bakar
Gula dan Garam secukup rasa
2 Biji Limau Kasturi

Cara2nya
Cili digorenghingga layu
angkat ..toskan ,tumbuk bersama belacan..tambahkansedikit garam dan gula
(ikut Suka)
di hidang bersama perahan limau kasturi


Ulam Petai dan Timun


Ikan Masin Gelama

Assalamualaikkum..WBT...

Terliuq tgk gulai lemak pucuk ubi Cik Mat Gebu..ini yg membuatkan saya excited sangat nak mencuba...tapi tulang ikan kurau masin tu saya gantikan dengan Tempe.(ala2 jawa gitu)..berbeza sedikit..tapi rasanya still mengancam..

Cubalah...

12 January 2009

Kita Dan Palestine



Nik Abduh Nik Abdul Aziz*
www.iLuvislam.com


Jika anda berniat mendermakan sebahagian daripada wang anda untuk Palestin, anda sebenarnya masih tak faham-faham isu Palestin. Palestin bukan soal derma dan sedekah. Palestin adalah jihad dan kewajipan. Tuhan kita berkata, berjihadlah dengan harta dan nyawa kamu..

Wang, bahkan nyawa setiap umat Islam adalah tagihan Allah untuk bumi yang disucikanNya itu. Tiada muslim yang tidak mengambil bahagian di dalam jihad Palestin sepanjang zaman kecuali tuahnya pasti direntap bumi suci itu di akhirat nanti.

Palestin adalah ujian Allah

Palestin adalah sebahagian ujian Allah ke atas umat nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam. Dari tiga bumi suciNya ( tanah haram ) itu, Allah memberi keamanan untuk Makkah dan Madinah, tetapi tidak untuk Palestin. Palestin sentiasa berdarah dan jika ia aman seketika atau lebih lama daripada itu, di sekelilingnya adalah penuh dengan komplot dan konspirasi musuh untuk merampas dan menghancurkannya kembali.

Ia menjadi rebutan sepanjang zaman untuk umat tiga agama langit yang memiliki kitab samawi masing - masing yang mendakwa sejarah pendudukan dan pemerintahan di situ. Jika tidak kerana Allah menghukum dan memutuskan bahawa bumi haramNya itu adalah milik hambaNya yang bertaqwa yang berada di atas jalanNya yang lurus, iaitu Islam, agama tauhid nabi Ibrahim al hanif alaihissalam, iaitu datuk kepada ketiga - tiga umat tersebut, maka tiadalah umat Islam memiliki hujjah mutlak untuk memilikinya.


Cinta Palestin tanda iman dan taqwa

Mencintai Palestin adalah tanda iman dan taqwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air sendiri.

Roda zaman yang berpusing menentukan bahawa bangsa Yahudi telah berjaya merampas dan mendudukinya kini selepas perjuangan lama mereka untuk menguasainya semenjak ribuan tahun dahulu. Selepas mereka menguasainya, impian dan angan - angan mereka begitu memuncak bahawa merekalah anak - anak tuhan yang diberkati segala tindakan mereka.

Hanyalah yang menghantui keyakinan mereka adalah pengetahuan tersembunyi mereka bahawa Palestin ini sebenarnya dan kesudahannya adalah milik umat yang menjadi musuh nombor satu mereka. Mereka tahu Palestin adalah untuk umat Islam.

Hari ini, saat kita dan seluruh umat Islam cuba membina keyakinan dan azam baru di awal tahun baru hijrah, Palestin dibedil dan dibakar oleh Yahudi, musuh Allah, malaikat, manusia dan seluruh makhluk kecuali syaitan daripada kalangan jin dan manusia.

Negara Israel hari ini yang menghimpunkan bangsa Yahudi sedunia itu tahu bahawa mereka tidak boleh hidup dengan hidupnya Islam. Justeru harapan, azam, keyakinan dan masa depan umatnya harus sentiasa dilumpuhkan dan dipadamkan dengan apa jua senjata dan peralatan. Umat Islam mesti kekal putus asa, putus harapan dan putus hubungan dengan tuhannya.

Membunuh umat Islam adalah ibadah dan persembahan mereka kepada tuhan mereka yang mereka ciptakan sendiri.

Cerita yang panjang

Palestin ceritanya panjang dan akan terus memanjang sehingga kiamat. Bermula keamanan dunia adalah dengan amannya Palestin dan bermula kecelakaan dunia adalah dengan celakanya keadaan di bumi Palestin. Begitulah Allah menetapkan sunnahNya bahawa Palestin adalah ujian kehidupan manusiawi.

Anda mesti tahu dan mesti akur bahawa lecehnya pengetahuan anda tentang Palestin adalah petanda lecehnya anda di sisi perjuangan Islam.

Jangan harapkan negara-negara Arab untuk mengembalikan Palestin. Sehingga semalam pun, mereka tidak mampu menyapu dan membersihkan diri daripada tohmahan bahawa mereka adalah sebahagian konspirasi pengeboman di Genting Gaza. Mereka membisu seperti bisu anak dara yang melakukan zina. Negara Arab yang berzina dengan Israel! Ah, sejak bila mereka menerima kehadiran HAMAS? Apatah mengiktiraf mereka sebagai rakan hidup dan mati? Sedangkan mereka tahu bahawa HAMASlah nyawa dan nadi umat Islam Palestin hari ini.

Anda hanya perlu meneka, siapakah yang lebih takutkan HAMAS? Israel atau Arab nasionalis syirik itu sendiri?

Jangan pula mengharapkan negara kita. Negara kita tidak akan menyokong HAMAS sebab HAMAS adalah saudara PAS. Mengharap pemerintah negara bertindak untuk Islam di Palestin adalah seperti mengharapkan perempuan mandul melahirkan anak atau seperti mengharap lelaki yang telah dikasi untuk mensyahwati perempuan.

Dalam dunia yang penuh nifaq dan kekufuran, harapan adalah terletak di atas bahu sekelompok umat Islam yang berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenar. Harapan dan keyakinan masa depan adalah daripada umat yang bersedia menghidupkan kewajiban berjihad fi sabiliLlah.

Setiap kita mestilah mengambil bahagian melaksanakan kewajiban membebaskan bumi suci Palestin.

Jika 10,000 umat Islam di Malaysia menyimpan RM100.00 setahun untuk perjuangan membebaskan al Masjidil Aqsa daripada cengkaman zionis Yahudi, maka wakil pejuang Islam Palestin yang datang ke negara kita akan pulang ke medan jihad dengan RM1 juta dari rakannya di Malaysia.


Allah terima taqwa di dalam dada

RM1 juta itu banyak tetapi ia adalah terlalu kerdil di hadapan bilionan dolar yang dibelanjakan oleh Yahudi dan sekutu Amerikanya untuk menjajah tanah suci itu. RM1 juta itu banyak, tetapi ia adalah sedikit di banding 15 juta umat Islam di negara kita. Atas nama kewajiban ugama, umat Islam di Malaysia semestinya mengeluarkan puluhan juta ringgit untuk perjuangan suci ini.

Sekali lagi, usah mengharap dan berangan wang saku kerajaan nasionalis Melayu akan tumpah walau setitik ke Palestin. Jika ia menitik, ia akan jatuh ke anak mata buat mengaburi pandangan mata. Pemimpin nasionalis Melayu ini pula, bila masa mereka cukup duit? Mata mereka tidak melihat kecuali duit.

Allah tidak menerima RM100.00 yang kita keluarkan itu. Allah menerima taqwa di dada kita. Taqwa kitalah yang akan menggapai Tuhan dan ridhaNya. Ertinya, bukanlah RM1 juta yang perlu kita kumpulkan daripada 10,000 umat Islam di Malaysia, bahkan kita memerlukan sejumlah hambaNya yang bertaqwa yang berjuang di atas jalanNya yang benar. Apabila ada taqwa, adalah wang yang dikeluarkan atas nama kewajiban dan jihad.

100 orang kaya di negara kita yang bertaqwa sudah cukup untuk menghantar RM1 juta atau lebih ke Palestin. 1000 umat Islam daripada masyarakat bandar pertengahan yang bertaqwa sudah cukup untuk menghasilkan RM1 juta untuk Palestin.

Jika setiap kita bertekad untuk menggabungkan diri dalam 10,000 umat Islam negara yang tidur bangunnya adalah untuk Palestin dengan berazam menjadikan perjuangan membebaskan bumi suci itu sebagai sebahagian amal jihadnya di hadapan Allah di padang mahsyar kelak, pastinya kita mampu saja menghantar RM10 juta setiap tahun ke sana.

Ia adalah jumlah yang sedikit. Tetapi bayangkan betapa gembiranya rakyat Palestin, terutama para pejuangnya apabila mendengar jumlah wang sebanyak itu datang daripada saudara mereka di Malaysia yang menyokong perjuangan mereka. Bayangkan betapa roh jihad mereka akan semakin panas dan membara buat membakar Yahudi laknatuLlah itu.

Saya membubuh angka agar anda tahu bahawa Allah mengurniakan pahalanya dengan angka dan juga berat. Dua rakaat masing - masing di Masjid Nabawy, di Masjidil Haram dan di Masjidil Aqsa adalah bersamaan lebih ratusan ribu rakaat berbanding dua rakaat dan sujud anda di masjid Putra Jaya atau di balaisah di hadapan rumah anda.

Bukan negara - negara umat Islam yang hidup penuh dayus dan nifaq hari ini yang akan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan. Mereka adalah bagai buih - buih yang dilambung ombak tanpa perlu dihirau hitung berapa beratnya.

Sudikah setiap kita untuk mendaftar diri sebagai pejuang Islam untuk pembebasan Palestin?

11 January 2009

Menu Ahad

Siakap Tiga Rasa

Bahan2nya
2 Ekor Ikan Siakap(Di Bersihkan Dan di goreng)
Tepung Jagung
5 Tangkai cili Padi( Di Potong)
5 tangkai Cili kering*
1 Labu Bawang Besar*
4 Ulas Bawang Putih*
1 Inci Halia Muda*
1 Biji Tomato
2 Sudu Besar sos Tomato
I sudu Besar Sos ikan
Nenas Muda
Timun
Gula dan Garam secukupnya
Minyak utk menumis
(*Bahan Kisar)

Cara2nya
Goreng ikan yg telah dilumur dgn kunyit garam dah tepung jagung hingga masak
(ikut kesukaan masing2)
P
anaskan Minyak,tumis bahan2 kisar hingga kekuningan.
Masukan cili padi,sos ikan dan sos tomato
kacau hingga naik minyak ,
tambahkan sedikit air jika terlalu kering
Masukan gula dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukan Timun dan Nenas,kacau seketika.
Tuangkan ke atas ikan yg telah digoreng tadi.



Udang Goreng Sos Tiram

Bahan2nya

Udang Putih
1 Inci Halia Muda*
1 labu Bawang Besar *
3 Ulas Bawang putih*
2 Tangkai Cili Hijau
2 Sudu Besar Sos Tiram
1 Sudu Besar Sos Ikan
sedikit cili giling
Gula dan Garam Secukup Rasa
*Di Hiris

Cara2nya
Goreng Udang Hingga masak- Ketepikan.
Tumis Bahan2 Yg di hiris dan cili giling hingga kekuningan.
Masukan sos tiram dan sos ikan..kacau sebentar..masukan cili hijau,
masukan gula dan garam secukup rasa..dan akhir sekali masukan udang.
Kacau sebentar.


Chicken Tomyam

Bahan2nya
1/2 Ekor Ayam(Di Buang Kulit)
1 Labu Bawang Besar
5 Ulas Bawang Putih
I Inci lengkuas
3 Batang Serai(Dititik)
1 Sudu Besar Tomyam Paste
Daun Limau Purut
2 Biji Limau Nipis(ambil Jusnya)
5 Tangkai Cili Padi
2 Biji tomato
1 Btg Lobak Merah
Cauliflower
Daun ketumbar
2 Liter Air

Cara2nya
Didihkan air bersama serai Bawang putih,lengkuas,serai dan Tomyan Paste.
Masukan ayam..masak hingga ayam masak.
Masukan sayur2an,jus limau nipis,daun limau purut dan daun ketumbar.
siap untuk hidangan


09 January 2009

Mama's Kuey Teow


Mama's Kuey Teow

Bahan2nya

Kuey Teow basah
200 Gm Taugeh
20 sen Kucai
200 Gm Daging
5 Tangkai Cili Kering*
5 ulas Bawang putih*
1 labu bawang besar*
2 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar kicap Pekat
2 sudu besar sos tomato
1 Biji Telur
Gula dan Garam Secukupnya
Minyak untuk menumis

* DiKisar

(Saya menggunakan daging sbb anak2 tak makan kerang)

Cara2nya

Panaskan Minyak,Tumiskan Bahan2 kisar hingga kekuningan.

Masukkan Daging..biarkan seketika sehingga daging betul2 masak.

Masukan Kicap,Sos Tiram,sos tomato.gula dan garam secukup rasa.
Masukan kuey Teow..kacau seketika.masukan telur.. biarkan sehingga telur masak

Akhir sekali masukan taugeh dan kucai
biarkan seketika.

sedia utk hidangan

* sedap dimakan bersama cili jeruk


08 January 2009

Hadis Hari Ini

Assalamualaikum Wbt,


Dari Zubair r.a meriwayatkan bahawa Tassullah SAW bersabda;

Barangsiapa suka melihat buku catitan amalnya dengan gembira (pada hari Kiamat), maka perbanyakkanlah beristighfar.

Hadis Riwayat Tabrani,

٣٤٧/٠ ﺍﻟﺯﻭﺍﺋﺪ ﻣﺟﻣﻊ , ﺛﻗﺎﺖ ﻭﺭﺟﺎﻟﻪ ﺍﻷﻭﺴﻁ ﻓﻰ) )


`Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih’ (Surah Ibrahim: Ayat 7)

`Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman’ (Surah al Anfāl : Ayat 1)

`Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah’ (Surah al Hasyr : Ayat 7)

`Hidup ini penuh nikmat, zahirkan kesyukuran kita dengan amal sebelum menjelma kematian. Semoga ianya memberi manfaat untuk kita ambil iktibar dalam menjalani kehidupan seharian.’

Wassalam..............

" Challenge Our Paradigms Towards Achievement "



06 January 2009

My Grand Pet's

Dino & Dini

Ciki & Si Kembar


Dino & Dini

Assalamualaikum..WBT

Alhamdulillah Tanggal 3 rd January 2009 keluarga kami bertambah lagi..Dengan lahirnya Sikembar Dini & Dino Si comel2 kami menjadi 5 ekor semuanya..

Kelahiran Yg takdisangka2...actually kami tak tahu tarikh sebenar ciki melahirkan anak2nya..disebabkan perutnya tidak memperlihatkan tanda2 seperti kucing yang sudah cukup bulan dan menanti masa mahu melahirkan..perutnya kecil dan kami semua merasakan ciki baru sahaja melalui proses Bunting.

Pagi sabtu yang mengembirakan..saya dan suami sampai sekarang masih terkejut dengan kelahiran "Cucu2" itu...
My Dotter Hanis menjerit bila melihat Kucing kesayangannya berrhempas pulas melahirkan anak2nya..satu proses yg tidak disangka2...(hahaha..mama dapat cucu)

Alhamdulillah Si kembar dan Ibunya dalam keadaan sihat..dah Montel sangat..

* This Picture's taken By Hubby*

05 January 2009

Hari Pertama Persekolahan 2009

Anis & Irfan without Along


Cheese


My Lovely Kids


Assalamualaikum..WBT

Alhamdulillah..sesi persekolahan bermula Hari ini..Anak2 begitu excited setelah lama bercuti..especially anak saya yg bungsu..hari2 dok bertanya "Bila efan nak skolah"?

Dalam sibuk bermain pun sempat bertanya...ayat itu yang di Ulang saban hari..Alhamdulillah..hari ini lega rasanya bila Anak2 memulakan sesi baru persekolahan 2009.
walau pun sedikit sibuk mengurus Perihal anak2..di hati tetap tersenyum bangga melihat kesungguhan anak untuk ke sekolah..

Putera Sulong kami Hariz Naqiuddin sudah melangkah Ke Form 4..begitu teruja nak Tinggal di Asrama..buat waktu ini dia still bersekolah disekolah Lama..sementara menunggu panggilan kesekolah yg di Idamkannya.

Hanis Najiha..
Satu2nya puteri kami..Form 1 tahun ini..Menolak Tawaran ke Asrama..dengan Alasan kesian kat Mama ..nanti takde siapa nak tolong mama cuci pinggan dan kasi Pets makan.

SiKecil kami..Irfan Hazim Melangkah ke Tahun 2..alhamdulillah..dengan izinNYA..kesihatannya bertambah baik untuk memulakan sesi baru persekolahan..

Semoga Kalian ber 3 menjadi Anak2 Cemerlang Dunia dan Akhirat...

Amin..

03 January 2009

Mama's Chicken Rice


Mama's Chicken Rice


Bahan2nya


4 cawan beras wangi
6 cawan stok ayam (resipi dibawah)
2 helai daun pandan
2 inci halia, dititik
2 ulas bawang putih dititik

Bahan Stok Ayam
500 g rangka ayam
2 inci halia, dititik
3 ulas bawang putih, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuibPati ayam
2 batang serai
1 biji bawang besar
1 sup bunjut Adabi*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
(*untuk kegunaan kemudian)

Bahan Perap Ayam
1 ekor ayam.(potong 4 bahagian)
2 inci halia*
3 ulas bawang putih*
1 camca besar kicap pekat
1 camca besar oyster sos
2 camca besar madu
1 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit garam
(*tumbuk lumat)

Bahan Sos
4 biji cili merah*
2 ulas bawang putih*
2 biji tomato*
2 camca besar cuka makan
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
2 camca besar gula
Garam secukup rasa
(*dikisar halus)

Hiasan
Daun salad
Timun
Tomato
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng

Cara membuatnya

UNTUK STOK :-
Rangka ayam dicuci bersih dan masukkan dalan periuk bersama semua bahan2 untuk stok kecuali serbuk lada hitam dan sup bunjut. Tuang 3 liter air, masukkan garam dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan renih 30 - 45 minit. Tambah sedikit lagi air jika perlu. Kemudian asing kan 6 cawan stok tadi untuk memasak nasi. Tambah sup bunjut dan serbuk lada hitam pada lebihan stok, didihkan 15 - 20 minit lagi.
UNTUK AYAM :-
Gaul semua bahan2 perap untuk ayam, tambah garam anggaran 1/2 camca teh, gaul rata dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 2 jam. Kalau semalaman lagi sedap. Goreng Ayam sehingga masak.
UNTUK SOS :-
Campurkan bahan kisar halus bersama sos cili, sos tomato, gula dan garam. Masak atas api perlahan hingga pekat. Tambah cuka dan gaul rata. Masak sekejap lagi dan sesuaikan rasa. Angkat dan sejukkan.
UNTUK NASI AYAM :-
Toskan beras tadi dan masukkan dalam rice cooker, tuang stok ayam dan masukkan daun pandan, halia dan bawang putih titik tadi. Masak seperti biasa. Bila nasi masak, gemburkan nasi menggunakan garfu.

~SELAMAT MENCUBA~


01 January 2009

Cheeze Wantan

Selamat Tahun Baru 2009

Semoga kehidupan Kita sentiasa Mendapat Keberkatan Dunia dan Akhirat..

Minum Petang sempena Tahun baru

My Cayang Bucuk


Cheeze Wantan

~Bahan2nya~

Kulit popia kecil
250Gm Isi Ayam
1 labu Bawang Besar*
3 Ulas Bawang Putih*
100 Gm Jagung Manis
Cheese secukupnya
Sedikit Gula dan Garam
1 Biji chili Merah*
I sudu besar Planta

*Dicincang

~Cara2nya~

Panaskan Planta,Tumis cili, bawang putih dan bawang besar yg di cincang halus.
biarkan seketika.

Masukan isi ayam dan jagung..biar seketika sehingga isi ayam dan jagung masak.

Masukan Garam dan gula
sejukan dan taburkan dengan keju parut ikut kesukaan


~Selamat Mencuba~